MIDF Research semak turun penarafan KLCCP Stapled Group kepada 'neutral' | DagangNews Skip to main content

MIDF Research semak turun penarafan KLCCP Stapled Group kepada 'neutral'

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Ogos - MIDF Research menyemak turun penarafan KLCCP Stapled Group kepada 'neutral' berbanding 'beli' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM7.15.

 

Firma itu berkata, keuntungan sebelum cukai bagi segmen runcit kumpulan itu meningkat sebanyak 20% didorong oleh pendapatan iklan dan bantuan sewa yang lebih rendah.

 

Sementara itu, kerugian sebelum cukai bagi segmen hotel mula mencatatkan penurunan kesan daripada peningkatan kadar penghunian berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

 

"Kami melihat pemulihan pendapatan KLCCP berada di landasan yang baik.

 

"Kami berpendapat segmen hotel mungkin pulang modal pada 4QFY22 dan menyumbang secara positif kepada KLCCP bermula FY23 dan seterusnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi 2QFY22 meningkat 14.69% kepada RM165.18 juta, daripada RM144.01 juta setahun lalu.

 

Hasil kumpulan itu meningkat 25% kepada RM350.31 juta daripada RM280.17 juta.

 

Firma itu menjangkakan pendapatan kumpulan itu akan bertambah baik pada FY22/23F didorong oleh segmen runcit selepas pembukaan semula aktiviti ekonomi.

 

"Selain itu pembukaan semula sempadan antarabangsa dijangka memacu pemulihan segmen hotel pada 2H22 dan FY23 terutama selepas pertambahan kehadiran pelancong," katanya. - DagangNews.com