Mimbar Nusantara, MDK bakal bangunkan projek kediaman mampu milik di Kampar  | DagangNews Skip to main content

Mimbar Nusantara, MDK bakal bangunkan projek kediaman mampu milik di Kampar 

Projek perumahan Perakku Taman Tualang Sekah Fasa 2 berjaya disiapkan mengikut jadual.
oleh ZAKI SALLEH

IPOH 20 Mac - Satu projek perumahan mampu milik secara usahasama dirancang antara syarikat pemaju hartanah tempatan, Mimbar Nusantara Holdings Sdn. Bhd. (Mimbar Nusantara) bersama Majlis Daerah Kampar (MDK).

 

Ia bakal dibangunkan di kawasan seluas lima ekar yang telah dikenal pasti bagi pembinaan rumah teres setingkat dan dua tingkat.

 

Siap kelak, ia dapat menawarkan sebuah kediaman mampu milik yang selesa dan menarik.

 

Bagaimana pun, jumlah keseluruhan kediaman yang dirancang akan dimuktamadkan sedikit masa lagi.

 

Pengarah Urusan Mimbar Nusantara, Nazrin Cheong Abdullah berkata, projek baharu ini akan dilancarkan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.


 

irsyad
Nazrin Cheong (kanan) memberi penerangan semasa meninjau salah sebuah rumah di Taman Tualang Sekah Fasa 2 yang telah siap.

 


Menurut beliau, pembinaan kediaman itu susulan kejayaan Mimbar Nusantara menyiapkan Projek Perumahan PerakKu Taman Tualang Sekah Fasa 2 juga di Kampar.

 

"Taman Tualang Sekah Fasa 2 ini adalah satu projek keseinambungan dari Fasa 1 yang mempunyai 54 rumah teres setingkat.

 

"Mimbar Nusantara menghadapi banyak cabaran semasa peringkat permulaan disebabkan pandemik COVID-19 yang telah banyak  menganggu jadual pembinaan ini. 

 

"Bagaimana pun, ia berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," ujarnya.

 

Projek perumahan Perakku Taman Tualang Sekah Fasa 2 ini dianugerahkan kepada Mimbar Nusantara Holdings pada tahun 2020 dengan usahasama Lembaga Perumahan Hartanah Perak.


 

parafrasa
Nazrin Cheong (dua dari kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah, Mohd. Azlan Helmi (tiga dari kanan) pada majlis penyerahan kunci Taman Tualang Sekah Fasa 2 pada 17 Mac 2023.

 


Projek perumahan ini dibahagikan pada dua fasa yang mana fasa satu telah siap pada 2018 mengandungi 54 unit teres satu tingkat yang dijual dengan harga hanya RM70,000 seunit

 

Fasa dua pula mengandungi 20 unit teres dua tingkat dan habis dijual tahun lepas pada harga RM230,000. 

 

Tambah Nazrin, pihaknya juga berbangga apabila Taman Tualang Sekah Fasa 2 ini jug memenangi anugerah Property Guru Asia Awards Malaysia With iProperty 2022 Best Mass Market Landed Development (Northern Region) pada Disember lalu.

 

Katanya, ini juga merupakan projek Rumah PerakKu yang pertama di Perak memenangi anugerah pembangunan perumahan pada peringkat nasional. - DagangNews.com