Mitrajaya terima kontrak RM152 juta daripada NCIA bagi pembinaan taman sains dan teknologi di Kedah | DagangNews Skip to main content

Mitrajaya terima kontrak RM152 juta daripada NCIA bagi pembinaan taman sains dan teknologi di Kedah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Mitrajaya Holdings Bhd menerusi Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM151.99 juta daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi pembinaan Taman Sains dan Teknologi Kedah Fasa 2A di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu adalah untuk tempoh 24 bulan dari tarikh permulaan yang dijangka pada 20 Ogos 2024.

 

"Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan 2026. 

 

"Kontrak itu tidak mempunyai kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan," katanya.

 

Katanya, risiko yang berkaitan dengan kontrak adalah risiko operasi biasa, yang boleh dikurangkan melalui sistem kawalan pengurusan projek kumpulan itu.

 

Tiada Pengarah dan/atau pemegang saham utama atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. - DagangNews.com