MN Holdings terima kontrak RM98 juta bagi kerja-kerja berkaitan pusat data | DagangNews Skip to main content

MN Holdings terima kontrak RM98 juta bagi kerja-kerja berkaitan pusat data

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 4 Jan - MN Holdings Berhad (MNHB) menerusi Mutu Nusantara Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM98 juta berkaitan kerja-kerja penggerudian arah mendatar (HDD) dan jambatan kabel untuk sebuah pusat data di selatan Semenanjung Malaysia.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MNHB berkata, kontrak berkenaan melibatkan reka bentuk dan membina HDD bervoltan tinggi serta kerja berkaitan jambatan kabel untuk pusat data tersebut.

 

"Kontrak berkenaan adalah untuk tempoh 13.5 bulan bermula 1 Disember 2023," kata syarikat itu tanpa mendedahkan butiran pelanggan yang menganugerahkan kontrak tersebut.

 

Menurut MNHB, kontrak yang diterima anak syarikatnya itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan dan pendapatan sesaham syarikat. 

 

Penerimaan kontrak juga tidak akan mempunyai apa-apa kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan pegangan saham pemegang saham yang besar bagi syarikat.

 

"Kontrak yang diterima ini dijangka menambah pendapatan dan menyumbang secara positif kepada aset bersih, aset bersih sesaham dan penggearan MNHB serta anak syarikat," katanya. - DagangNews.com