Mohaiyani bersara sebagai Pengerusi Maybank, diganti Zamzamzairani | DagangNews Skip to main content

Mohaiyani bersara sebagai Pengerusi Maybank, diganti Zamzamzairani


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Datuk Mohaiyani Shamsudin bersara sebagai Pengerusi Maybank pada 1 November 2020 setelah sembilan tahun berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Maybank. 

Jawatan beliau digantikan oleh Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkuat kuasa 2 November 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias menyifatkan Mohaiyani memiliki pengalaman kerja yang sangat berwibawa dan perspektifnya di dalam industri perkhidmatan kewangan amat dihargai. 

"Bagi pihak 43,000 warga Maybank di seluruh dunia, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau dan semoga persaraanya diberkati," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Datuk Mohaiyani Shamsudin
Datuk Mohaiyani Shamsudin
 

 

Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa
Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa
 

 

Sementara itu, menurut Mohaiyani, beliau yakin kumpulan tetap berada di landasan kukuh untuk melalui wabak pada masa ini dan muncul dengan lebih kuat menjadi salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka di rantau ini.

Zamzamraini pula mempunyai pengalaman luas dalam industri telekomunikasi merangkumi lebih daripada 30 tahun, bermula di Telekom Malaysia Berhad (TM).
 
Beliau juga memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat awam lain termasuk Malaysia Airlines Berhad dan Malaysia Aviation Group Berhad. - DagangNews.com