Mohamad Damshal Awang Damit dilantik sebagai CEO Pelaburan Hartanah | DagangNews Skip to main content

Mohamad Damshal Awang Damit dilantik sebagai CEO Pelaburan Hartanah

KUALA LUMPUR 30 Dis - Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) melantik Mohamad Damshal Awang Damit sebagai CEO kumpulan baharunya.

 

Dalam satu kenyataan, syarikat induk pelaburan hartanah itu berkata CEO, Datuk Mahmud Fauzi akan bersara pada 31 Dis 2022.

 

Menurut PHB, Mohamad Damshal telah memegang pelbagai peranan kanan dalam pengurusan pelaburan dengan institusi pelaburan tempatan utama.

 

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam kewangan Islam dan pernah memegang jawatan kanan dalam beberapa syarikat pelaburan asing.

 

Beliau adalah ketua pegawai pelaburan Lembaga Tabung Haji dari Januari 2020 dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah eksekutif (pelaburan) Lembaga Tabung Haji pada Januari 2021.

 

PHB menambah, Mohamad Damshal memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan & Sains Pengurusan dari University of Kent, Canterbury, UK dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat.

 

Secara profesional, beliau juga merupakan Penganalisis Kewangan Bertauliah dengan Institut CFA, Amerika Syarikat, dan Perancang Kewangan Bertauliah dengan Persatuan Perancang Kewangan Malaysia. - DagangNews.com