MPGN terima cadangan untuk kenaikan kadar gaji minimum | DagangNews Skip to main content

MPGN terima cadangan untuk kenaikan kadar gaji minimum

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 19 Nov - Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) menerima cadangan supaya kadar gaji minimun yang dilaksankan ketika ini dapat dinaikkan namun masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) turut membentangkan hasil dapatan dan syor Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 untuk pertimbangan.

 

"Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah cadangan daripada majikan untuk mengekalkan kadar gaji minimum sedia.

 

"Pihak pekerja pula mencadangkan supaya kadar gaji minimum yang dilaksanaka ketika ini dapat dinaikkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berpandangan cadangan kadar gaji minimum baharu ditetapkan kepada RM1,500 sebulan wajar dilaksanakan secara berperingkat.

 

Ia bagi mengelak daripada memberi tekanan dan membebankan majikan serta menjejaskan operasi syarikat terutama sektor Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

Bagaimanapun, perbincangan lanjut akan bersambung dalam mesyuarat MPGN pada 9 Disember ini sebelum dikemukakan untuk pertimbangan dan persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri.-Dagangnews.com