MPOB anjur Seminar dan Pameran TOT Sabah pada 12 September 2022 | DagangNews Skip to main content

MPOB anjur Seminar dan Pameran TOT Sabah pada 12 September 2022

BANGI 6 Sept – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah akan menganjurkan Seminar & Pameran Pemindahan Teknologi Sabah (TOT Sabah) pada 12 September ini bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

 

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, MPOB akan memperkenalkan teknologi baharu dalam sektor hiliran yang memberi tambah nilai kepada industri sawit.

 

Beliau berkata, MPOB menawarkan teknologi dalam industri sawit yang mempunyai potensi dan nilai pengkomersialan untuk dimanfaatkan oleh penggiat industri dan usahawan tempatan.

 

TOT Sabah adalah acara seminar dan pameran yang bertujuan untuk menghebahkan penemuan penyelidikan dan pengkomersialan teknologi terkini MPOB kepada usahawan tempatan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan pihak yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan berasaskan teknologi dalam industri sawit.

 

Dr Ahmad Parveez berkata, TOT Sabah 2022 akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana melalui pengkomersialan teknologi yang ditawarkan MPOB.

 

 

Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir
Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir

 

 

Menurutnya, TOT Sabah 2022 turut memberi peluang perniagaan kepada pelabur, pengilang dan pengeluar produk makanan dan bukan makanan serta mereka yang terlibat dalam industri sawit.

 

Sila layari laman web MPOB www.mpob.gov.my untuk maklumat lanjut dan pendaftaran TOT Sabah 2022. - DagangNews.com