MR D.I.Y. sampaikan 3,817 kit kebersihan kepada pelajar UTAR menerusi inisiatif #DIY4UTAR | DagangNews Skip to main content

MR D.I.Y. sampaikan 3,817 kit kebersihan kepada pelajar UTAR menerusi inisiatif #DIY4UTAR

KUALA LUMPUR 8 Mac - MR D.I.Y. Group (M) Berhad menyampaikan sumbangan berupa kit kebersihan diri kepada 3,817 pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menerusi inisiatif #DIY4UTAR.

 

Menerusi inisiatif itu, MR D.I.Y. menyerahkan dua kotak pelitup muka 3-lapis, sebotol pencuci tangan, dan dua set kit ujian kendiri calitan hidung untuk setiap pelajar.

 

Ketua Pemasaran MR D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, usaha itu bertujuan memastikan golongan yang memerlukan bantuan memperoleh barangan keperluan harian untuk kekal selamat.

 

“Memandangkan para pelajar universiti di seluruh negara telah mula kembali ke kampus pada akhir 2021, kami menyedari ada keperluan untuk membantu mereka membuat persiapan untuk kembali semula ke kampus dan hostel masing-masing. 

 

"Kami gembira kerana inisiatif #DIY4UTAR menerima sambutan yang menggalakkan dan kami ingin membantu pelajar agar kekal selamat dan dapat meneruskan sesi pembelajaran. 

 

"Kami berharap agar inisiatif #DIY4UTAR akan memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk melakukan perkara yang sama bersama sekolah serta institusi pengajian tinggi yang lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

diy

 

Inisiatif #DIY4UTAR antara kerjasama MR D.I.Y. dan institusi-institusi pengajian tinggi di bawah kempen #DIY4. 

 

Terdahulu,  MR D.I.Y. telah menjalin kerjasama dengan Kumpulan Touch n Go (Touch n Go), dan Universiti Malaya (UM) dengan mengedarkan bantuan tunai kepada lebih 12,000 pelajar dalam persiapan untuk kembali ke kampus menerusi inisiatif #DIY4UM. - DagangNews.com