MSWG: masanya untuk Serba Dinamik siapkan penyata kewangan 2020 | DagangNews Skip to main content

MSWG: masanya untuk Serba Dinamik siapkan penyata kewangan 2020

SHAH ALAM 27 Julai – Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) memuji Serba Dinamik Holdings Bhd. yang berusaha gigih untuk melantik auditor luar sebelum tempoh tamat akhir bulan ini, bagi menggantikan KPMG PLT yang meletak jawatan pada 24 Jun lalu.

 

Semalam, Lembaga Pengarah Serba Dinamik memberitahu bahawa syarika itu sudah mencalonkan Nexia SSY PLT bagi mengisi tempat kosong bagi auditor statutori baharu, sejajar dengan Akta Syarikat 2016 bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.

 

Pengerusi MSWG, Devanesan Evanson berkata, adalah bagus auditor luaran sudah dilantik sebelum tempoh masa yang ditetapkan.

 

“Sekarang syarikat dan firma audit harus bekerja untuk mengeluarkan penyata kewangan beraudit sebelum tarikh akhir 31 Oktober ini,” katanya.

 

Mengenai Nexia SSY, Devaneson berkata, walaupun mungkin firma ini tidak tergolong dalam `Big Four’, mereka tetap berdaftar dengan Lembaga Pengawasan Audit (AOB) yang bermatlamat memupuk pengauditan bebas berkualiti tinggi supaya wujud keyakinan terhadap kualiti penyata kewangan beraudit entiti berkepentingan awam.

 

“Lazimnya, firma antarabangsa perlu mendapatkan pelepasan risiko berpusat antarabangsa sebelum mereka boleh melakukan audit ke atas isu-isu yang berbangkit. Maka ia menjadi isu `risk appetite’ bagi juruaudit. Nexis SSY seharusnya mampu melaksanakan tugas mereka sama seperti firma lain,” ujar beliau.

 

“Apatah lagi, mereka adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA), dilesenkan dan berdaftar dengan AOB yang akan melakukan usaha wajar (due diligence) sebelum meluluskan pendaftaran mereka,” kata Devanesan.


 

serbadinamik
Devanesan Evanson

 

 

Firma Nexia SSY PLT merupakan anggota bebas Nexia International, firma peneraju global dalam rangkaian perakaunan bebas dan perundingan berpusat di London, England.

 

Dengan operasi di lebih 128 negara, Nexia kini berada di kedudukan kelapan firma perakaunan terbesar di dunia oleh International Accounting Bulletin Survey 2021. – DagangNews.com

 

BACA : Serba Dinamik appoints Nexia SSY PLT as new external auditor
 

Nexia International strengthen presence Asia Pacific