Mudah.my raikan ulang tahun ke-16 sebagai Pasaran Perdagangan Semula Terbesar di Malaysia | DagangNews Skip to main content

Mudah.my raikan ulang tahun ke-16 sebagai Pasaran Perdagangan Semula Terbesar di Malaysia

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 30 Nov – Pasaran perdagangan semula terbesar Malaysia, Mudah.my, menyambut ulang tahunnya yang ke-16. Sepanjang dekad yang lalu, Mudah telah mengubah antara muka grafik pengguna dan ciri-ciri pada laman sesawangnya bagi menambah baik pengalaman pengguna.

 

Ini turut berkait rapat dengan reka bentuk maskot dan logo baharu Mudah. Perubahan ini selaras dengan misi Mudah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai supaya menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan utama mereka dengan memperluaskan tawaran subkategorinya kepada pengguna sewaktu memulakan fasa baharu dalam perjalanan perkhidmatannya.

 

 

parafrasa


 


Seiring dengan strategi perniagaan syarikat untuk menyelaraskan nilai teras Mudah.my dan mencerminkan evolusi perniagaan mereka, pembaharuan logo turut mengambil kira penambahbaikan reka bentuk logo untuk kategori teras seperti Mudah Auto, Mudah Property (Hartanah), Mudah Jobs (Kerjaya) & perkhidmatan.

 

Logo yang dikemas kini mencerminkan nilai kakitangan syarikat yang berdedikasi serta kualiti kepercayaan, kemudahan, dan penilaian untuk memenuhi keperluan pelbagai kitaran hidup buat lebih dari 5 juta pengguna Mudah.my setiap bulan. Logo yang diperbaharui menampilkan reka bentuk anggun dan minimalis yang menekankan komitmen syarikat terhadap inovasi, kreativiti, dan pemikiran ke hadapan.

parafrasa

 

Selain itu, Mudah.my turut teruja untuk mengumumkan ketibaan maskot kucing baharu mereka. Maskot kucing yang menawan dan gebu ini akan menjadi wajah baharu jenama tersebut dan akan digunakan dalam semua bahan pemasaran serta pengiklanan pada masa hadapan. Kucing berbulu pendek ini dipilih berdasarkan keperibadiannya yang menawan dan keupayaannya untuk mewakili nilai kepercayaan, kemudahan, dan nilai syarikat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my., Gaurav Bhasin berkata, sejak 16 tahun lalu, Mudah.my telah mengembangkan tawaran perkhidmatannya kepada berjuta-juta rakyat Malaysia dan berjaya menggalakkan mereka untuk membeli serta menjual barangan terpakai.

 

"Matlamat kami adalah untuk kekal relevan kepada pengguna di samping memelihara dan melindungi legasi kami. Identiti baharu kami melambangkan kebahagiaan serta kejayaan Komuniti Mudah.my (Penjual dan Pembeli) dan berfungsi sebagai laluan untuk memodenkan Mudah.my bagi mewakili perkembangan serta pertumbuhan kami.

 

"Dengan maskot dan logo baharu, kami juga ingin memastikan bahawa jenama kami terus mendapat kepercayaan pengguna selain memberikan nilai, kemudahan, serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia dalam perdagangan semula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Memperjuangkan perjalanan inovatif Mudah.my

Mudah.my telah dilancarkan pada November 2007. Kini, organisasi tersebut mempunyai lebih daripada 100 pekerja yang bukan sahaja telah  menghasilkan perniagaan sosial yang bertanggungjawab dan digunakan oleh lebih daripada satu pertiga rakyat Malaysia dalam kalangan umur 15-64 tahun pada setiap bulan, bahkan turut merupakan antara perniagaan dalam talian di Asia Tenggara yang telah menunjukkan hasil perkembangan yang sihat. 

 

Mudah.my meneruskan visi untuk mendemokrasikan perdagangan dengan memberi tumpuan kepada penggunanya terlebih dahulu. Ini terbukti dengan evolusi berterusan yang dapat dilihat pada platformnya bermula dengan desktop pada tahun 2007.

 

Pada tahun 2012, Mudah.my menawarkan kemudahan kepada penggunanya untuk mengakses platform melalui aplikasi Android pada tahun 2013 manakala iOS pada tahun 2016. Pada tahun yang sama, Mudah.my turut menjalani pembaharuan jenama, termasuklah logo dan kemas kini laman web untuk terus memberikan pengalaman digital terbaik kepada pengguna Malaysia.

 

Meningkatkan pengalaman pasaran dalam talian melalui Mudah Auto, Hartanah & Keselamatan
 

parafrasa


 

Mudah.my turut menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna tempatan melalui segmen Auto dan Hartanah di samping menjamin kepercayaan serta kredibiliti mereka dalam era digital ini. Terdapat beberapa ciri utama bagi setiap segmen termasuk pelancaran besar-besaran hab kelima Mudah Auto yang terbesar di Shah Alam baru-baru ini.

 

Ia direka untuk menyediakan pengalaman membeli dan menjual kereta yang revolusioner kepada pelanggan. Setiap kenderaan yang disahkan telah menjalani proses pemeriksaan 180 poin. Selain itu, jaminan sekurang-kurangnya setahun yang diberikan dapat meyakinkan pelanggan untuk membeli kereta idaman mereka.

 

Di samping itu, Hab Mudah Auto Shah Alam juga berfungsi sebagai pusat utama bagi individu yang ingin menjual kenderaan mereka dengan mudah. Selain Shah Alam, cawangan Mudah Auto juga tersedia di empat wilayah - Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang, Kedah, Johor, dan Melaka.

 

parafrasa

 


Seterusnya, Mudah Property (Hartanah) membolehkan rakyat Malaysia mencari rumah idaman mereka di halaman direktori apartmen dan bangunan baharu.

 

Halaman baharu ini memberikan maklumat terperinci kepada pengguna tentang setiap hartanah lalu membolehkan mereka melihat gambaran menyeluruh tentang butiran penting seperti kemudahan, sekolah berdekatan, dan pengangkutan awam.

 

Direktori apartmen juga mengumpulkan semua senarai bangunan dalam satu tempat yang mudah dicari. Oleh itu, anda boleh membuat carian dengan cepat serta tanpa tekanan.
 

 

parafrasa

 

 

Sebagai satu daripada pasaran digital terbesar di Malaysia, Mudah.my mengiktiraf ancaman yang dihadapi oleh para pengguna dan komuniti Malaysia yang lebih besar.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen terbaharunya iaitu #MudahDanSelamat, pengguna boleh melayari pautan terus ke laman sesawang Semak Mule PDRM untuk menyemak sama ada akaun bank yang mereka terima terlibat dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

 

Tambahan pula, sistem Automated Advanced Queuing Mudah.my menyemak setiap iklan menggunakan kedua-dua Kecerdasan Buatan (AI) dan semakan manual untuk mengesan peranti penipu. Kesannya, organisasi tersebut telah berjaya mengurangkan siaran iklan penipu sebanyak 92% hanya dalam tempoh tujuh bulan.

 

Selain itu, ciri SafeDeal membolehkan pembeli menempah barangan dan membayar dengan selamat atau wang akan dikembalikan 100 peratus. Oleh itu, ia dapat meningkatkan ketelusan dan seterusnya menjalin kepercayaan antara pembeli dan penjual. - DagangNews.com