MyEG tidak melanggar sebarang SOP ditetapkan kerajaan - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

MyEG tidak melanggar sebarang SOP ditetapkan kerajaan - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) berpendapat bahawa MyEG Services Berhad tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan semasa menjalankan urusan perniagaannya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pihak pengurusan syarikat itu mendedahkan bahawa jumlah bayaran balik yang diproses telah diabaikan kerana jumlah permintaan bayaran yang sangat rendah ketika ini.

 

Katanya, ia mungkin disebabkan oleh kos tambahan yang berkaitan dengan pembaharuan permit yang dilakukan terus dengan ID.

 

"Walaupun dakwaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong membayangi persepsi umum terhadap MyEG namun kami tidak percaya bahawa kumpulan itu melanggar SOP yang diamanatkan kerajaan sejak konsesi itu tamat pada akhir Mei.

 

"Pihak pengurusan juga yakin akan menerima lanjutan konsesi rasmi dalam beberapa minggu akan datang yang kemudiannya akan menyelesaikan kesemua perkar aini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: MyEG nafi kenakan bayaran secara haram bagi pembaharuan permit pekerja asing

 

Terdahulu, Poay Tiong semasa sidang Parlimen pada 12 September lalu mendakwa bahawa MyEG menerima bayaran secara haram untuk pembaharuan permit pekerja di paltformnya bagi pembaharuan permit pekerja asing walaupun konsesi mereka bersama Jabatan Imigresen tamat pada Februari 2023.

 

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun benar MyEG mengenakan bayaran untuk pembaharuan permit selepas tamat kontraknya pada 22 Mei, syarikat itu kekal mematuhi semua SOP yang ditetapkan kerajaan. 

 

Katanya, ia termasuk bayaran balik penuh kepada majikan yang ingin memperbaharui permit pekerja mereka secara terus dengan Jabatan Imigresen dan dapat memberikan bukti pembayaran telah berbuat demikian.

 

Maybank IB mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.16 sesaham. - DagangNews.com