Myra Vista: Kediaman ideal golongan belia | DagangNews Skip to main content

Myra Vista: Kediaman ideal golongan belia

Myra Vista

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pemaju hartanah, Myra melancarkan kediaman terbaharunya, Myra Vista yang menampilkan kediaman ideal dan praktikal sesuai dengan permintaan pembeli masa kini.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Wendy Lim berkata, Myra Vista adalah projek kelima di bawah jenama Myra selepas pelancaran Myra Saujana di Putrajaya, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam dan Myra Putra di Desa Pinggiran Putra.

"Kami sentiasa merancang produk kami berdasarkan demografi dan Myra Vista ini disasarkan kepada pasaran Melayu moden.

"Kami mengambil kira keperluan dan kehendak mereka yang akan dipadankan dengan keutamaan kami. Bagi kami, kesesuaian menjadi keutamaan dan kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan produk terbaik bagi pasaran yang disasarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Myra Vista terletak di Bandar Baru Salak Tinggi yang merupakan bandar berkepadatan rendah dan dibina di atas tanah rizab Melayu dengan anggaran nilai pembangunan kadar (GDV) sekitar RM48,143,000.

Myra Vista

Pembinaan tersebut merangkumi 89 unit rumah teres dua tingkat 20x80 dengan keluasan antara 1,726 hingga 1,766 kaki persegi dengan empat bilik tidur serta tiga bilik mandi.

Myra Vista dijual pada harga bermula RM439,000 dengan bayaran tempahan awal sebanyak RM500.

Jelas Lim lagi, kediaman itu menerapkan rekaan yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Melayu yang mementingkan suasana yang luas dan selesa.

"Kediaman ini direka dengan privasi yang optimum dan ruang luas  seperti ruang keluarga dengan sambungan balkoni di lot sudut dan hujung. Ia mengundang cahaya matahari semula jadi dan pengudaraan sejuk dan dalam masa yang sama memberikan privasi.

"Laman belakang seluas 279 kaki persegi boleh digunakan oleh keluarga yang ingin menikmati aktiviti santai atau melayan tetamu di luar rumah atau sebagai lokasi ideal untuk bercucuk tanam," katanya lagi.

Bagi kemudahan lain, Myra Vista turut menyediakan taman permainan dan berbasikal bagi kanak-kanak serta dewasa disamping penekanan terhadap aspek keselamatan yang diselia 24 jam.

Tersenarai di bawah skim perumahan mampu milik MyHome yang menyediakan insentif bernilai RM30,000 selain diberi pengecualian duti setem bagi Memorandum Pindah Milik (MOT) dan pinjaman. - DagangNews.com