Nestcon terima kontrak RM129.6 juta daripada Sino Natural untuk projek di Mukah | DagangNews Skip to main content

Nestcon terima kontrak RM129.6 juta daripada Sino Natural untuk projek di Mukah

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 14 Okt - Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Infra Sdn Bhd (NISB) telah menerima surat anugerah (LOA) daripada Sino Natural Resources Malaysia Sdn Bhd untuk menyediakan khidmat pembersihan tapak, kerja tanah dan kerja sampingan di CBS 2, Blok 3, Sungai Bakau, Balingian di Mukah, Sarawak.

 

Menurut pemfailan Bursanya, jumlah kontrak bagi projek itu berjumlah RM129.6 juta.

 

"LoA akan berkuat kuasa untuk tempoh permulaan 24 bulan berkuat kuasa dari 13 Okt 2022 hingga 12 Okt 2024, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh tambahan 24 bulan selepas notis bertulis tidak lewat daripada 30 hari sebelum tamat tempoh daripada penggal awal," katanya.


 

mukah
Bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak di bandar Mukah, yang terletak di pesisir pantai.

 


Kedua-dua syarikat akan menandatangani kontrak rasmi bersama-sama dengan dokumen sokongan yang diperlukan dalam tempoh 21 hari dari pengakuan LoA.

 

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Nestcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, dan sepanjang tempoh projek. - DagangNews.com