Nestle berdepan risiko pengguna beralih kepada jenama lebih murah - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Nestle berdepan risiko pengguna beralih kepada jenama lebih murah - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kenanga Research menjangkakan Nestle (Malaysia) Berhad akan berdepan risiko pengurangan margin keuntungan dengan pengguna mungkin beralih kepada alternatif atau jenama yang lebih murah.

 

Firma itu berkata, pada masa sama kumpulan itu akan terus berhadapan tekanan kos selain berdepan gangguan rantaian bekalan yang berterusn selain konflik Rusia-Ukraine yang dilihat tidak berkesudahan.

 

"Harga tenusu juga dijangka terus meningkat pada 2023 dan bekalan hanya dapat memenuhi permintaan pada penghujung tahun hadapan.

 

"Selain kebimbangan kehilangan pegangan pasaran, kmi percaya Nestle mempunyai kewajipa amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk tidak menaikkan makanannya secara berlebihan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu melonjak 26.11% kepada RM169.65 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada RM134.53 juta pada tahun lalu disokong oleh peningkatan jualan.

 

Pendapatan suku tahunan kumpulan juga meningkat sebanyak 18.78% kepada RM1.64 bilion berbanding RM1.38 bilion pada tahun lalu didorong oleh jualan domestik dan eksport meningkat sebanyak 12.5% dan 48.1%.

 

Firma itu berkata, prestasi suku tahun ke suku tahun menunjukkan penurunan dari segi margin keuntungan.

 

Katanya, untung bagi 2QFY22 menurun sebanyak 3% kepada RM1.6 bilion disorong oleh inflasi makanan.

 

"Margin 2QFY22 mencatatkan penurunan yang dipercayai berpunca daripada kumpulan itu memilih untuk menyerap sebahagian daripada kos input yang lebih tinggi," katanya.

 

Firma itu menyemak turun saranan kepada 'underperform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM119.75 berbanding RM136.50. - DagangNews.com