Netflix kini boleh ditonton sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu | DagangNews Skip to main content

Netflix kini boleh ditonton sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu

SHAH ALAM 28 Ogos - Netflix hari ini mengumumkan penambahan Bahasa Melayu ke dalam sari kata, alih suara serta antara muka perkhidmatan strim video mereka.

Rakyat Malaysia di dalam dan luar negara, kini boleh menggunakan Bahasa Melayu untuk menonton rancangan kegemaran di dalam Netflix.

Pilihan Bahasa Melayu memberi lebih banyak fleksibiliti kepada keluarga. Untuk antara muka, penukaran ke Bahasa Melayu boleh dibuat melalui menu pilihan Bahasa, di bahagian ‘Pengurusan Profil’ di dalam komputer peribadi, TV atau pelayar mudah alih mereka. Sari kata dan alih bahasa, jika ada, boleh dipilih semasa kandungan dimainkan.

Rancangan dan filem Netflix kegemaran pengguna di Malaysia seperti Money Heist, Stranger Things, The Witcher, Kingdom, The Umbrella Academy, turut dipersembahkan dengan sari kata Bahasa Melayu.
 

aaa


Selain itu, Netflix juga mengumumkan akan membawa lebih banyak cerita berkaitan Malaysia untuk tontonan antarabangsa, antaranya komedi istimewa terbaru Dr. Jason Leong: Hashtag Blessed, menampilkan Dr. Jason Leong seorang doktor Malaysia yang kini telah bertukar karier menjadi pelawak, dan filem komedi romantik terbaru karya Adrian Teh, Pasal Kau! yang bakal menghiasi skrin ahli-ahli Netflix di seluruh dunia.

Menurut Soya Cincau, Netflix telah menghasilkan satu filem komedi pendek yang mengisahkan bagaimana susahnya untuk menghasilkan sari kata di dalam Bahasa Melayu. Filem pendek ini dibintangi oleh Fariz, Awie, Ella, Zamaera, Altimet dan Zee Avi. 

Netflix boleh dilanggan dari serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD. Jika anda belum pernah melanggan, anda boleh mencuba Netflix secara percuma selama 30 hari, tanpa sebarang syarat. Layari www.netflix.com untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com