Ni Hsin terima kelulusan JPJ bagi 3 model motosikal elektrik Ebixon | DagangNews Skip to main content

Ni Hsin terima kelulusan JPJ bagi 3 model motosikal elektrik Ebixon

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Mac - Ni Hsin Group Bhd menerusi Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd hari ini menerima Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi tiga mostosikal elektrik iaitu Ebixon TC-Max, Ebixon CPX-Pro dan Ebixon Kruz.

 

Ebixon TC-Max dan Ebixon CPX-Pro dikeluarkan Nanjing Vmoto Manufacturing Co, Ltd (VMOTO) dan merupakan motosikal elektrik berkuasa tinggi manakala Ebixon Kruz dikeluarkan Dongguan Tailing Electric Vehicle Co Ltd (TAILG).

 

Ketiga-tiga motosikal itu dipasang oleh Ni Hsin EV Tech di Malaysia di bawah lesen pengeluar masing-masing.

 

Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, dengan kelulusan VTA, kumpulan itu kini mempunyai rangkaian baharu motosikal elektrik berkuasa tinggi untuk pasaran Malaysia.

 

moto
Tiga model motosikal elektrik Ebixon yang diberikan VTA daripada JPJ.

 

Beliau berkata, julat model VMOTO menetapkan standard baharu dari segi kebolehpercayaan dan prestasi, menyasarkan secara langsung kepada mereka yang mencari pengalaman unik dan mesra pengguna.

 

"Dari konteks mobiliti kemampanan, kami tidak henti-henti dalam membuat tanda bagi menggalakkan penggunaan besar-besaran pengangkutan sifar pelepasan karbon di seluruh Malaysia.

 

“Kami merancang untuk melancarkan tiga model Ebixon pada awal Mei 2024.

 

"Kami kini sedang mempromosikan motosikal Ebixon TC-Max dan Ebixon CPX-Pro kepada pelbagai organisasi untuk fungsi penguatkuasaan keselamatan," katanya. - DagangNews.com