Nikmati 8% potongan harga tempahan hotel Agoda dengan Samsung Members | DagangNews Skip to main content

Nikmati 8% potongan harga tempahan hotel Agoda dengan Samsung Members

KUALA LUMPUR 28 Julai - Berita baik buat pengguna aplikasi mudah alih Samsung Members!

Bermula 31 Ogos depan, aplikasi mudah alih berkenaan menawarkan diskaun 8% kepada penggunanya bagi tempahan kesemua hotel di Malaysia menerusi Agoda. 

Hanya dengan beberapa langkah, pengguna dapat menikmati lokasi hotel percutian pada harga yang lebih rendah.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Klik butang tebus (redeem) dalam aplikasi mudah alih Samsung Members
  2. Klik ‘Promo Code’ untuk salin kod promosi
  3. Klik ‘Visit the Website’ dan anda akan dibawa ke laman sesawang Agoda
  4. Pada laman sesawang Agoda, masukkan destinasi dan tarikh pelancongan di kotak pencarian atau pilih salah satu hotel yang dipaparkan pada laman berkenaan
  5. Masukkan ‘Promo Code’ untuk menikmati 8% potongan harga bagi tempahan hotel di Malaysia
  6. Klik ‘Continue’ untuk teruskan pembayaran. Masukkan butiran kad kredit dan tekan ‘Pay & Book Now’ untuk melengkapkan proses tempahan. 
  7. Anda akan menerima pengesahan tempahan hotel Agoda yang dihantar ke e-mel berdaftar

Tawaran yang diberi adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Klik pautan ini untuk membaca terma dan syarat.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi Samsung menerusi e-mel my.samsungpay@samsung.com atau talian 1800 22 8899. - DagangNews.com