Oleh JOHARDY IBRAHIM
[email protected]
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Dalam usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan domestik, AirAsia.com dan Sunway Group kini bekerjasama untuk menawarkan lebih nilai kepada para pelancong dengan harga tiada bandingan untuk pakej penerbangan dan hotel serta aktiviti dan banyak lagi.
Kerjasama ini dimulakan dengan Jualan Kilat SNAP yang menawarkan penerbangan pergi balik ke Kuala Lumpur dan penginapan selama 3 hari 2 malam di Sunway Pyramid Hotel, bermula RM99* seorang. Jualan Kilat SNAP ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020 dari jam 10 pagi (sehingga habis terjual) di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk tempoh perjalanan dari 19 September hingga 10 Disember 2020.
Penginapan lain di bawah Sunway Hotel and Resorts Group di Malaysia termasuklah Sunway Putra Hotel (Kuala Lumpur), Sunway Velocity Hotel (Kuala Lumpur) Sunway Clio Hotel (Kuala Lumpur Sunway City) dan Sunway Hotel Georgetown (Pulau Pinang) juga boleh ditempah melalui SNAP termasuk pakej penerbangan dan hotel dengan nilai terbaik.
Untuk melengkapkan pengalaman percutian, tempahan tiket masuk ke Sunway Lagoon Theme Park juga boleh didapati di airasia.com (di pautan Activity) atau ditebus menggunakan BIG Loyalty Poin. Selain itu, Sunway Lagoon Annual Pass yang merupakan pas tahunan juga akan tersedia secara eksklusif di airasia.com mulai 28 September 2020 dengan nilai terhebat.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata: “Kuala Lumpur mempunyai pelbagai tawaran menarik dan ini adalah masa yang tepat untuk menikmati ibu kota Malaysia dan kawasan sekitarnya. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Sunway Pyramid Hotel bagi pakej SNAP yang tiada bandingan untuk semua rakyat Malaysia yang ingin menikmati percutian di bandar, terutamanya dari negeri-negeri lain.
"Kini mereka boleh terbang, menginap, membeli-belah, makan dan melakukan pelbagai aktiviti di Kuala Lumpur. Ini adalah kerjasama pertama kami dengan Sunway Pyramid Hotel untuk mengukuhkan lagi tawaran produk di AirAsia.com sebagai aplikasi digital perjalanan dan gaya hidup sehenti di ASEAN. Kami akan terus bekerjasama dengan Sunway Group untuk pelbagai tawaran menarik di masa hadapan,” katanya.
Alex Castaldi, Pengurus Besar Kanan - Sunway City Kuala Lumpur Hotels berkata: “Kerjasama ini akan memberikan pengalaman percutian menyeluruh kepada pelancong termasuk penerbangan, penginapan dan aktiviti di Sunway City. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan AirAsia.com untuk memperluaskan pasaran kami dengan memanfaatkan trafik laman web yang tinggi dan jenama mereka. Kami berharap kerjasama ini akan diteruskan untuk menawarkan lebih banyak promosi bersama.”
Menurut kenyataan media AirAsia, harga yang tertera pada bahan promosi adalah untuk setiap orang bagi bilik berkembar dan termasuk semua tambang penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Sekatan tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan pembelian awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah contoh untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Sila rujuk terma dan syarat penuh di https://air.asia/w5cq7. - DagangNews.com