Nikmati promosi hidangan serendah 1 sen di airasia food | DagangNews Skip to main content

Nikmati promosi hidangan serendah 1 sen di airasia food

 

 

KUALA LUMPUR 10 Jun - airasia food kini menawarkan promosi hebat dengan harga 1 sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad.

 

Melalui perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang itu para pelanggan boleh menebus hidangan 1 sen mereka dengan menggunakan kod promosi.

 

Bagi pelanggan di Lembah Klang, mereka boleh menggunakan kod 1SENKL manakala 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini. 

 

airasiafood

 

Ketua e-dagang airasia super app, Lim Ben-Jie berkata, promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food.

 

“Dari sebuah syarikat penerbangan, kami telah berkembang menjadi sebuah aplikasi gaya hidup yang menawarkan sesuatu untuk semua orang. 

 

"Kami juga berbesar hati kerana airasia food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk para pelanggan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15 kilometer (km) dari restoran terlibat. 

 

Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.

 

Penebusan pertama untuk promosi hidangan 1 sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang, dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun. 

 

Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. 

 

Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon ‘Food’ di airasia super app atau layari airasia.com/food. - DagangNews.com