Nikmati tawaran menarik Boost sempena Shop Malaysia Online | DagangNews Skip to main content

Nikmati tawaran menarik Boost sempena Shop Malaysia Online

 

 

KUALA LUMPUR 6 Julai - Boost sekali lagi bekerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menjayakan kempen Shop Malaysia Online (SMO).

 

Kempen itu yang merupakan inisiatif Kementerian Kewangan dijalankan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat di negara ini berbelanja menerusi platform e-dagang bagi membantu peniaga tempatan. 

 

Bagi memeriahkan kempen ini, Boost akan menganjurkan #ShopMemangOnz sehingga 31 Disember 2021 yang membolehkan pengguna menikmati pulangan tunai dengan extra 4 kali Booost Coins bagi setiap transaksi dan baucer diskaun hingga 80% untuk rakan dagangan yang mengambil bahagian.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, inisiatif SMO sangat penting untuk menyokong peniaga tempatan di negara ini.

 

Katanya, lebih penting lagi, SMO dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk beralih kepada platform dalam talian. 

 

"Untuk itu, kami menyediakan pulangan tunai yang menarik, diskaun dan ganjaran bagi menggalakkan pengguna menyemarakkan perbelanjaan domestik dan menjana ekonomi tempatan.

 

"Pada masa sama, mereka boleh menjalankan transaksi tanpa tunai dan menerapkan gaya hidup digital," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Untuk menjadikan kempen ini lebih menarik, Boost akan menganjurkan tiga hari 'Online Boost Day' mulai 6 hingga 8 Julai.

 

Dengan berbelanja minimum RM50 dalam satu resit, Boost akan memberi ganjaran sehingga 8 kali Boost Coins apabila mereka berbelanja menerusi 13,000 rakan dagang Boost seperti Watsons Online, McDelivery, KFC, EAST, MoreFun, WOWShop, SenQ dan HappyFresh. - DagangNews.com