Nova MSC raih lanjutan kontrak penyelenggaraan bernilai RM7 juta daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura | DagangNews Skip to main content

Nova MSC raih lanjutan kontrak penyelenggaraan bernilai RM7 juta daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Nova MSC Berhad menerusi anak syarikatnya, Novacitynets Pte Ltd berjaya meraih lanjutan kontrak bernilai RM7 juta daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura untuk perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan bagi Sistem Pendaftaran dan Arkib Perusahaan (ERA) bagi tempoh tiga tahun.

 

Kumpulan itu berkata, lanjutan kontrak itu merangkumi penyediaan perkhidmatan profesional untuk permintaan perkhidmatan.

 

"Kontrak itu adalah bermula dari 27 Januari 2024 sehingga 26 Januari 2027," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang risiko timbul daripada kontrak itu selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan kontrak tersebut.

 

Kontrak tersebut tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan.

 

Ia juga dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material kepada keputusan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama kumpulan atau orang yang berkaitan dengan pengarah tersebut dan/atau pemegang saham besar mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak baharu yang diberikan. - DagangNews.com