Nurulhidayah Ahmad Zahid berdialog dengan mahasiswa UPM konsep Malaysia Madani | DagangNews Skip to main content

Nurulhidayah Ahmad Zahid berdialog dengan mahasiswa UPM konsep Malaysia Madani

Mahasiswa-mahasiswa UPM bergambar pada Program Himpunan Mahasiswa Madani: Malaysia Madani dan Masa Depan Anak Muda di Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Sesi dialog terbuka Program Himpunan Mahasiswa Madani: Malaysia Madani dan Masa Depan Anak Muda memberi kefahaman konsep Malaysia Madani kepada mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof Dr Arifin Abdu berkata, universiti memberi kefahaman kepada mahasiswa bahawa konsep Malaysia Madani bukan bersifat retorik tetapi untuk membantu kegemilangan negara melalui insan berilmu di universiti. 

 

"Saya berharap semua mahasiswa agar memperkukuhkan lagi hubungan muhibah, hormat menghormati dan saling bekerjasama melalui enam rukun Malaysia Madani," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Turut hadir pada program tersebut, Pengerusi Yayasan Graduan, Datuk Mohd Faizal Daud dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi 2022-2023, Fatin Amirah Mohd Hisham.

 

Terdahulu, program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Yayasan Graduan dan UPM itu bertujuan berkongsi pandangan dua pihak bersama mahasiswa mengenai Malaysia Madani yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Mahasiswa UPM juga berpeluang berdialog bersama Ketua Pengarah J-KOM Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang mengimbas beberapa tragedi negara diuji dengan kerapuhan perpaduan.

 

 

upm
                                                                             Prof Dr Arifin Abdu

 

 

upm
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid (kanan) ketika sesi dialog bersama mahasiswa UPM, baru-baru ini.

 

 

Selain itu, sesi dialog turut diserikan dengan perkongsian alumni UPM 2002, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang juga merupakan Penasihat Yayasan Graduan. 

 

upm

 

 

Beliau memberi banyak inspirasi ikhtiar Madani kepada mahasiswa UPM seperti tips pembelajaran, kehidupan kampus dan persediaan mencari kerja. - DagangNews.com