Oliver Wee Hiang Chyn dilantik semula sebagai presiden MBAM bagi penggal 2024-2026 | DagangNews Skip to main content

Oliver Wee Hiang Chyn dilantik semula sebagai presiden MBAM bagi penggal 2024-2026

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 1 Julai - Pengarah pembangunan perniagaan Tim Sekata Sdn Bhd, Oliver Wee Hiang Chyn telah dilantik semula sebagai presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) bagi penggal Jun 2024 hingga Jun 2026 semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-70 persatuan itu pada 29 Jun lalu.

 

MBAM dalam kenyataan media berkata, Wee telah berkhidmat secara aktif dengan MBAM sejak 1994 dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri pembinaan.

 

Beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Lembaga Pengarah Construction Labour Exchange Berhad pada 2022.

 

Beliau juga dilantik sebagai ahli panel pakar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mac 2023.

 

 

MBAM

 

 

“Kami telah melihat 70 tahun dedikasi, inovasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memacu MBAM ke hadapan dan bersama-sama, kami telah mengharungi cabaran, meraikan kejayaan dan menjalin ikatan berkekalan yang telah menentukan legasi persatuan kami.

 

"Saya yakin dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua Ahli Majlis MBAM yang hadir di sini, kami akan terus menjadi cahaya panduan bagi industri pembinaan kami,” kata Wee.

 

 

MBAM

 

 

Semasa AGM, 26 ahli majlis telah dipilih sebagai pemegang jawatan MBAM. Timbalan presiden yang dipilih ialah Kenneth Liew Kiam Woon dari LFE Engineering Sdn Bhd.

 

Sementara itu, Datuk Ubull Din Om dari Gamuda Bhd, Eric Yong Shang Ming (Crest Builder Sdn Bhd), Richard Wong (Sunway Construction Sdn Bhd), Datuk Seri Eric Kuan (Fajarbaru Builder Sdn Bhd) dan Yeoh Keong Yuan (Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd) dipilih sebagai naib presiden.

 

Sementara itu, Datuk Astaman Abdul Aziz (Norwest Holdings Sdn Bhd) dipilih sebagai setiausaha agung manakala Ong Teng Cheng (IJM Corp Bhd) dipilih sebagai bendahari agung. - DagangNews.com