KUALA LUMPUR 15 Sept - OM Holdings Ltd. (OMH) menerusi anak syarikatnya, OM Materials (S) Pte Ltd (OMS) telah memenui syarat untuk mengambil alih baki 25% kepentingan dalam anak syarikat bagi operasi di Malaysia - OM Materials (Sarawak) Sdn. Bhd. dan OM Materials (Samalaju) Sdn. Bhd.
Pengambilalihan daripada Cahya Mata Sarawak Bhd. itu membabitkan pertimbangan tunai sebanyak AS$120 juta.
"Transaksi ini dijangka selesai pada 13 Disember 2022," menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.
Pada Mei lalu, Cahya Mata Sarawak mengumumkan pelupusan 25% kepentingan dalam OM Material (Sarawak) and OM Materials (Samalaju) kepada OMS.
Baca : OM Holdings beli semua pegangan Cahya Mata Sarawak dalam projek peleburan Samalaju
Ketika ini, baki 75% dimiliki OMS, yang juga anak syarikat milik penuh OM Holdings, yang disenaraikan di Australian Securities Exchange dan Bursa Malaysia.
Ia menyaksikan perjanjian penjualan saham bersyarat telah ditandatangani antara anak syarikat CMS Samalaju Industries Sdn Bhd (SISB) dan OMS.
Pelupusan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan Cahya Mata Sarawak bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22), dengan pengiktirafan keuntungan daripada penjualan sebanyak RM147.62 juta. - DagangNews.com