Opcom peroleh kontrak RM26.51 juta daripada TM bekal kabel gentian optik | DagangNews Skip to main content

Opcom peroleh kontrak RM26.51 juta daripada TM bekal kabel gentian optik

KUALA LUMPUR 24 Jan - Opcom Holdings Bhd. menerusi anak syarikatnya Opcom Cables Sdn. Bhd. akan membekalkan kabel gentian optik kepada Telekom Malaysia Bhd. (TM).

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, kumpulan berkata, Opcom Cables memeterai perjanjian bagi kontrak tersebut yang bernilai RM26.51 juta. 

 

Katanya, kontrak pembekalan ini adalah bagi tempoh 3 tahun mulai 23 Disember 2021 hingga 31 Disember 2023. 

 

"Perjanjian ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak berkenaan," katanya. 

 

Ketika ditutup petang ini, saham Opcom naik 1 sen atau 1.08% kepada 93.5 sen dengan 17.26 juta saham diniagakan. - DagangNews.com