Operasi Inari di China, Filipina berdepan cabaran kurang bahan mentah | DagangNews Skip to main content

Operasi Inari di China, Filipina berdepan cabaran kurang bahan mentah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Feb - Kekurangan bahan mentah merupakan cabaran utama yang dihadapai Inari Amertron Berhad pada 1HFY22 terutama untuk operasi di China dan Filipina.

 

Aminvestment Bank Research (AmInvest) berkata, dalam usaha mengatasi permasalahan itu, kumpulan itu membuat pesanan awal untuk bahan tertentu sehingga 18 bulan selain memperkenalkan polisi tidak boleh membatalkan tempahan kepada pelanggan.

 

"Inari juga bekerja rapat dengan kesmeua pihak untukmemenuhi perancangan dan permintaan pelanggannya dengan mengutamakan bahan untuk produk utama," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Inari mencatatkan untung bersih RM107.29 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM90.09 juta pada suku tahun sebelumnya.

 

Hasil meningkat 11.5% kepada RM420.25 juta daripada RM376.83 juta sebelumnya, disokong oleh pertumbuhan dalam semua segmen perniagaan.

 

BACA JUGA: MIDF kekal saranan 'beli' ke atas Inari selepas pendapatan kumpulan meningkat

 

Firma penyelidikan itu kekal positif dengan asas Inari dan menjangkakan kumpulan itu akan mendapat manfaat daripada permintaan yang tinggi daripada peranti 5G pada 2022.

 

Prospek kumpulan itu dilihat positif daripada pendapatan segmen RF akibat permintaan tinggi terhadap cip dan perisian untuk telefon pintar 5G selain kedudukan tunai yang kukuh sebanyak RM2 bilion pada Disember 2021.

 

"Cadangan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan kumpulan menerusi jalinan kerjasama dalam penyumber luaran pemasangan semikonduktor dan ujian pemasangan di China juga akan memberi kesan positif.

 

"Inari berada did kedudukan yang baik untuk berkembang menerusi sokongan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) tempatan," katanya.

 

Firma penyelidikan itu bagaimanapun mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham-saham Inari dengan nilai sasaran yang lebih tinggi iaitu RM3.69 sesaham berbanding RM3.62 sebelum ini. - DagangNews.com