Orang ramai dijemput kunjungi gerai Pernas di Franchise International Malaysia mulai 18 hingga 20 Mei 2023 | DagangNews Skip to main content

Orang ramai dijemput kunjungi gerai Pernas di Franchise International Malaysia mulai 18 hingga 20 Mei 2023

Pernas menawarkan sesi penerangan mengenai perkhidmatan dan produknya kepada pengunjung pada ekspo Franchise International Malaysia 2023 pada 18 hingga 20 Mei 2023 di Pusat Konvensyen KL.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Mei - Orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai francais boleh berkunjung ke gerai pameran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) sempena penganjuran Franchise International Malaysia 2023. 

 

Pernas dalam kenyataan memaklumkan, ekspo tersebut akan berlangsung bermula 18 hingga 20 Mei 2023 di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

 

Katanya, pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pengunjung, termasuk sesi penerangan mengenai perkhidmatan dan produk Pernas seperti pembiayaan francais, pelaburan francais, latihan francais, pelaburan ekuiti dan kaji selidik mengenai jenama Pernas.

 

"Pernas menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk mempromosikan perniagaan francais di samping melahirkan lebih ramai usahawan francais Malaysia.

 

"Penganjuran program ini juga membuka peluang Pernas mencari pelanggan yang berpotensi dan mengukuhkan kedudukan Pernas sebagai agensi  yang bertanggungjawab dalam industri francais," katanya.

 

Menurut Pernas, ia turut memberi pendedahan dan maklumat mengenai perniagaan francais serta peluang menceburi perniagaan khususnya francais kepada para usahawan, bakal-bakal usahawan dan orang awam melalui khidmat konsultasi dan rundingan.

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

pernas

 

 

Selain itu, ia juga dapat mempromosikan produk, jenama dan peranan Pernas kepada masyarakat khususnya kepada pengunjung yang hadir serta mewujudkan garis dasar mengenai maklum balas pelanggan mengenai jenama Pernas. - DagangNews.com