Palo Alto Networks perkenal PAN-OS 10.2 Nebula bagi kesan, henti serangan siber | DagangNews Skip to main content

Palo Alto Networks perkenal PAN-OS 10.2 Nebula bagi kesan, henti serangan siber

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Feb - Peneraju firewalls, Palo Alto Networks meperkenalkan Nebula iaitu peningkatan terkini bagi perisian PAN-OS bagi membantu mengesan serta menghentikan serangan siber yang boleh melumpuhkan operasi sesebuah syarikat.

 

PAN-OS 10.2 Nebula akan mengumpul, menganalisis dan mentafsirkan kemungkinan ancaman pada masa nyata dengan menggunakan Inline Deep Learning memiliki pencegahan enam kali lebih pantas dan pengesanan 48% lebih banyak mengatasi mana-mana perisian yang terdapat sebelum ini. 

 

Nebula juga memperkenalkan AIOps iaitu perkhidmatan keselamatan Palo Alto Networks yang ke-10 dan perkhidmatan Advanced Threat Prevention baharu, pada masa yang sama meningkatkan Advanced URL Filtering, DNS Security, IoT Security dan perkhidmatan keselamatan lain yang berkaitan.

 

Ketua Pegawai Produk Palo Alto Networks, Lee Klarich berkata, serangan siber dianggap sebagai serangan termaju dan jarang berlaku di mana-mana negara tetapi setiap organisasi harus melihat diri mereka sebagai sasaran dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

 

"Keselamatan rangkaian moden memerlukan pendekatan baharu seperti yang disediakan mereka menerusi ML-Powered Next-Generation Firewalls yang memanfaatkan kuasa pemprosesan awan untuk mengupayakan Deep Learning Inline," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pada 2021, lebih 10,000 kes ancaman siber telah dilaporkan di Malaysia melibatkan tiga perkara utama iaitu penipuan, cubaan menceroboh dan program hasad.

 

siber

 

Sementara itu, Penganalisis Kanan Enterprise Strategy Group (ESG), John Grady berkata, pendekatan keselamatan lazimnya terlalu bergantung kepada keadaan mangsa yang lebih dahulu dieksploitasikan namun dalam keadaan ini, oraginisasi yang menjadi mangsa memerlukan pencegahan masa nyata untuk melindungi persekitaran mereka.

 

“Palo Alto Networks menyedari isu-isu ini dan sedang meluaskan keupayaan pembelajaran dengan meletakkan pengesanan Deep Learning Inline untuk mencegah serangan sebelum sempat ia menjejaskan mangsa pertama

 

“Platform berasaskan Machine Learning oleh Palo Alto Networks ini menggunakan teknik yang membantu pelanggan menangani ancaman dan memenuhi keperluan bagi keselamatan rangkaian.

 

"Syarikat ini membolehkan perusahaan melangkaui perlindungan ancaman yang biasa dengan membina kedudukan dan daya tahan keselamatan yang mantap," katanya. - DagangNews.com