Panasonic terus berdepan tekanan margin untung akibat kenaikan kos bahan mentah | DagangNews Skip to main content

Panasonic terus berdepan tekanan margin untung akibat kenaikan kos bahan mentah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Jun - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad akan terus berdepan tekanan margin keuntungan akibat kenaikan kos bahan mentah.

 

Firma itu berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat penurunan jualan domestik dan eksport, masing-masing 9% dan 28%. 

 

Dalam keadaan semasa, pengeluaran pada kapasiti penuh sudah bermula sejak Mac 2022 selepas berdepan gangguan banjir pada Disember 2021 dan kerugian yang dialami kumpulan itu adalah sekitar RM24.7 juta.

 

"Gangguan rantaian bekalan selain kesesakan di pelabuhan dijangka terus memberi kesan kepada prestasi kumpulan," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu Panasonic keuntungan selepas cukai sebanyak RM15.2 juta pada 4QFY22 dan ia gagal mencapai jangkaan merekadan ia hanya menyumbang 68% daripada pendapatan konsensus tahunan.

 

Kegagalan mencapai unjuran yang ditetapkan adalah kerana jualan yang lebih rendah daripada jangkaan akibat gangguan operasi selain tekanan margin keuntungan akibat kenaikan harga bahan mentah.

 

Firma itu berkata, jualan yang lebih rendah adalah akibat penurunan pengeluaran akibat musibah banjir yang berlaku pada pertengahan Disember 2021 yang memberi kesan kepada kilang di Shah Alam (yang menghasilkan kipas dan vakum).

 

Keuntungan teras selepas cukai juga menurun sebanyak 65.7% kepada RM50.5 juta akibat pendapatan yang rendah, margin perolehan sebelum faedah, cukai dan susut nilai (EBITDA) akibat kenaikan kos bahan mentah dan sumbangan keuntungan daripada syarikat bersekutu. 

 

Firma itu menyamak turun penarafan Panasonic kepada 'jual' pada harga sasaran (TP) RM22.33. - DagangNews.com