Cara mengira untung bersih untuk usahawan baharu hendak mula - Panduan mudah! | DagangNews Skip to main content

Cara mengira untung bersih untuk usahawan baharu hendak mula - Panduan mudah!

Bagaimana cara untuk mengira Markup Margin dan Profit Margin? - Gambar hiasan Kelvin Zyteng
Oleh AZAD JASMI

KEBANYAKAN mereka yang berniaga kurang arif bagaimana untuk menetapkan harga kos produk tersebut dari harga pembekal, operasi, pemasaran sehingga ke harga akhir yang sesuai untuk dijual pada pembeli.

 

Harga untuk di ‘markup’ dan keuntungan ‘profit’ barangan tersebut. Adakah peniaga benar-benar tahu apa yang mereka buat dan jual?

 

Kebanyakan peniaga gagal untuk melakukan kira-kira dan akhirnya mereka mengalami kerugian setiap bulan.

 

Produk habis dan angka jualan kasar sangat bagus, tetapi pada penghujung tutup buku kira-kira tetap rugi juga.

 

Kenapa jadi macam ini?

 

 

wainuiomata

 

 

Bagaimana cara untuk mengira Markup Margin dan Profit Margin?

 

Bunyi seakan sama tetapi mempunyai maksud yang berlainan.

 

Kepada peniaga yang melakukan ‘trading’ iaitu ambil dari pembekal dan terus jual kepada orang ketiga pengiraan agak mudah.

 

Tetapi kepada peniaga yang membuat berasas dari bahan mentah contohnya kedai roti pengiraan akhir kos agak sukar sedikit, tapi cara pengiraan tersebut semuanya adalah mudah. Tidak perlu kalkulus atau algebra untuk selesaikannya.

 

Trading – Perdagangan

Adalah urusan beli dan jual. Saya membeli dari pembekal A dan menjual semula kepada pelanggan B. 

 

Saya membeli dari pembekal A secara pukal dan menjual semula kepada pelanggan B secara runcit.

 

Harga yang saya dapat adalah jauh lebih murah dari harga mereka yang beli secara runcit.

 

Contohnya:-

Beli dari pembekal – RM10.00

Jual kepada pelanggan – RM13.00

Saya mendapat keuntungan dari urus niaga di atas sebanyak RM3.00

 

Soalan:- 

Berapa Markup Margin saya?

Berapa Profit Margin saya?

Beli RM10.00
Jual RM13.00

Untung RM3.00

Mark-up Margin?
Profit Margin?

 

Perbezaan di antara Markup Margin dan Profit Margin

RM10.00 + 30% = RM13.00

 

Markup Margin dengan mudah kita hanya menambah peratus kepada harga belian dari pembekal dan di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan dengan menambah 30% ianya sudah di anggap keuntungan sebanyak 30%.

 

Mari kita lihat bagaimana Profit Margin pula

RM3.00/RM13.00  x 100 = 23%

 

 

wainuiomata

 

 

Kesilapan Yang Dibuat

Bagaimana boleh dapat 23% sahaja sedangkan saya menambah 30% dari harga belian asal.

 

Di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan yang mana keuntungan sebenar adalah 23% bukan 30%.

 

Apabila percaturan ini silap pada penghujung kira-kira syarikat didapati syarikat anda terlebih berbelanja dan mengalami kerugian.

 

Markup Margin boleh ditambah berapa peratus atau ribuan peratus. 

 

Jadi kita sebagai usahawan kena bijak membuat percaturan supaya tidak terlebih berbelanja dengan keuntungan yang diperoleh.

 

Jika Profit Margin hanya 23% berbelanja sekadar 15% termasuk kos utiliti, gaji dan bermacam lagi bukan berbelanja sebanyak 30% dan oleh sebab itu perniagaan anda rugi setiap masa kerana perlu menambah modal untuk kos operasi.

 

Markup Margin boleh ditambah terus mengikut kesesuaian perniagaan sama ada puluhan, ratusan, ribuan anda kira sendiri.

 

Profit Margin jumlahnya adalah kurang dari 100% anda tidak percaya sila buat kira-kira dengan gembira.

 

Jadi dari kes di di atas bagaimana kita nak kekalkan keuntungan 30% (profit margin) dan berapakah ‘markup margin’ yang diperlukan?

 

Mark Up Margin

RM10.00 + 43% = RM14.30

Profit Margin

RM4.30/RM14.30 x 100 = 30%

Jadi Markup Margin adalah 43% baru dapat Profit Margin 30%

 

Segala pengiraan Markup Margin dan Profit Margin di atas adalah berdasarkan pengiraan kos yang telah diambil kira, contohnya Ahmad berniaga di permis yang mungkin sewanya murah dan mempunyai pekerja hanya beberapa orang sudah tentu harga jualannya juga murah berbanding Ali yang mempunyai permis di tengah bandar dan sewanya 2 kali ganda dari permis Ahmad dan pekerja Ali juga lebih ramai dari Ahmad. 

 

Sudah pasti harga Ali lebih mahal sedikit dari harga Ahmad.

 

Atas sebab itu kita sebagai pembeli harus menilai segala aspek sebelum kita menilai pemilik perniagaan tersebut.

 

 

calculator

 

 

30% akan digunakan untuk :-

1. Syarikat

2. Bil-bil

3. Sewa

4. Gaji

5. Cukai

6. Pinjaman

7. Kos Pemasaran

8. Kos-kos lain

 

Ini hanya contoh penolakan yang harus dilakukan setiap bulan dan ‘Syarikat’ pula adalah simpanan syarikat untuk simpanan yang akan digunakan apabila kita ingin membesarkan perniagaan.

 

Contoh di atas adalah kos-kos nyata yang perlu ada untuk menajalankan operasi perniagaan. 

 

Jangan lupa untuk masukan kos pemasaran dan pengangkutan juga. Kos-kos pengangkutan adalah termasuk petrol dan segala baik pulih sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan anda.

 

Formula Mudah

Saya ada satu lagi formula pengiraaan yang mudah bagi seorang peniaga mempunyai matlamat untuk mencapai jualan bulanan dengan profit margin yang telah ditetapkan.

 

Target Profit Margin = 30%

Kos Operasi = RM4,000

RM4,000 / 30% = RM13,333

 

Jadinya anda perlu membuat jualan setiap bulan sebanyak RM13,333.00 untuk menampung kos operasi perniagaan anda.

 

Lagi kurang Profit Margin semakin banyak jualan kasar yang diperlukan dan semakin tinggi Profit Margin semakin sedikit jualan kasar yang diperlukan.

 

Lagi banyak profit yang diambil semakin berkurangan jualan kasar yang harus diperoleh.

 

Semoga pengiraan Markup Margin dan Profit Margin memudahkan anda mengira semula keuntungan syarikat sebelum anada terus mengalami kerugian. - DagangNews.com

 

AZAD JASMI adalah Pembimbing Perniagaan dan boleh dihubungi menerusi emel azadjasmi@yahoo.com