Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Paras tangki simpanan minyak syarikat MISC Bhd. (MISC) dijangka akan terus meningkat mulai suku kedua 2021 dan kehadapan.
CGS-CIMB Research berkata, perkara itu turut dinilai berdasarkan harapan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) dan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat (AS) yang menjangkakan permintaan minyak kembali pulih secara berperingkat bermula suku kedua tahun kewangan 2021.
"Kedua-dua EIA dan AS EIA mengharapkan permintaan minyak kembali pulih secara berurutan bermula suku kedua 2021 dan seterusnya susulan pelancaran vaksin COVID-19 yang dapat mengurangkan sekatan perjalanan.
"Selain itu, jangkaan turut didorong oleh peningkatan permintaan untuk bahan bakar pengangkutan sekali gus menggalakkan OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran dengan lebih ketara," jelas CGS-CIMB Research.
Menjelang suku kedua 2021, paras penyimpanan terapung dapat dikurangkan dengan secukupnya untuk membolehkan paras tangki simpanan minyak MISC meningkat dengan lebih tinggi.
Sementara itu, buku pesanan kapal tangki minyak mentah sebagai peratusan kepada jumlah armada berada pada tahap rendah dalam tempoh bertahun-tahun yang membolehkan pemulihan permintaan secara langsung terhadap kapal tangki yang lebih tinggi.
CGS-CIMB Research juga menjangkakan MISC akan memperoleh keuntungan daripada pertumbuhan kapasiti pada tahun kewangan 2021.
MISC dijangka menerima manfaat daripada sumbangan sepanjang tahun syarikat ethane carrier (VLEC) yang dibawa pada Oktober.
"Walaupun MISC cenderung melaporkan hasil suku keempat tahun kewangan 2020 yang lemah pada paras simpanan minyak kapal tangki, pelabur bagaimanapun dapat menentukan kenaikan kadar paras simpanan minyak kapal tangki pada tahun kewangan 2021," jelas CGS-CIMB Research.
MISC mencatatkan jumlah pesanan kapal tangki minyak mentah yang terendah dalam tempoh empat tahun bagi 11 bulan pertama 2020.
Prestasi kurang memuaskan itu disebabkan oleh sekatan perjalanan COVID-19 yang menghalang pergerakan kapal ke kawasan Asia Selatan. - DagangNews.com