Pasaran Bursa mendatar, didorong penantian keputusan perbicaraan Najib | DagangNews Skip to main content

Pasaran Bursa mendatar, didorong penantian keputusan perbicaraan Najib

KUALA LUMPUR 28 Julai - FBM KLCI hari ini dibuka hampir mendatar susulan pelabur di negara ini menunggu keputusan mahkamah terhadap kes SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti dilapor theedgemarkets.com.

Pada jam 9.05 pagi, indeks berada pada tahap 1.596.33.

Nasib bekas perdana menteri itu akan ditentukan pada jam 10 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Laporan Pasaran Harian Rakuten Trade Sdn. Bhd. menjangkakan FBM KLCI akan terus disokong oleh pembelian domestik.

Indeks itu juga akan berada dalam lingkungan 1,590 hingga 1,600 pada hari ini.

Bagaimanapun, pasaran serantau akan kekal tidak menentu didorong oleh konflik perdagangan yang berterusan antara China dan Amerika Syarikat.

“Pasaran Wall Street pada minggu ini dibuka kukuh, memandangkan pelabur masih berharap kerajaan AS akan mengeluarkan lagi pakej rangsangan ekonomi dengan Purata DJI meningkat 115 mata, hampir mencecah paras 26,600.

“Sementara itu, harga emas pula dijangka melepasi paras AS$2,000 setiap auns, sekali gus mencecah rekodnya pada 2011,” kata Rakuten Trade.

Semalam, harga emas melonjak sekali gus mencatat rekod baharu iaitu RM290 bagi setiap gram. 

Kenaikan tersebut disokong oleh kelemahan mata wang dolar AS selain pelabur mencari dana selamat untuk berdepan krisis pandemik COVID-19. - DagangNews.com