PATAMI 2QFY22 Kerjaya Prospek meningkat 78.3% kepada RM28.5 juta | DagangNews Skip to main content

PATAMI 2QFY22 Kerjaya Prospek meningkat 78.3% kepada RM28.5 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kerja Prospek Berhad merekodkan peningkatan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 78.3% kepada RM28.5 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (2QFY22) daripada RM15.9 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Kumpulan itu juga mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 45.8% kepada RM276.9 juta berbanding RM189.9 juta pada tahun sebelumnya.

 

Kemajuan kumpulan yang lebih tinggi pada 2QFY22 menimbulkan hasil yang lebih tinggi kerana tiada gangguan di tapak pembinaan berbanding suku yang sama tahun lepas.

 

Bagi tempoh enam bulan 6MFY22, PATAMI dan hasil kumpulan itu meningkat masing-masing sebanyak 35.4% dan 25.9% kepada RM57.4 juta dan RM577.5 juta.

 

"Prestasi kewangan kumpulan bertambah baik disebabkan kemajuan yang lebih tinggi didorong peningkatan aktiviti di kawasan pembinaan.

 

"Bahagian pembinaan kekal sebagai penyumbang hasil terbesarnya, yang menyumbang 99.4% daripada hasil 6MFY22," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kunci kira-kira Kerjaya Prospek juga kekal sihat dengan kedudukan tunai bersih RM214.6 juta dan nisbah semasa 6.1 kali pada 30 Jun 2022 selain kedudukan tunai yang kukuh.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif kumpulan, Tee Eng Tiong berkata, walaupun berdepan gangguan rantaian bekalan bahan binaan, kekangan tenaga kerja dan peningkatan harga bahan mentah, pihaknya berjaya mendapatkan kontrak baharu selain merekodkan prestasi kewangan yang cemerlang.

 

"Sehingga kini kami berjaya mendapatkan kontrak bernilai RM1.3 bilion dan diperkukuhkan dengan tempahan sebanyak RM4.3 bilion sehingga 3 Jun 2022," katanya.

 

Belia berkata, pihaknya kekal berhati-hati dengan prospek kumpulan dengan harga bahan mentah mula menurun daripada paras tertinggi yang dicatatkan pada separuh pertama 2022 selain kelulusan permohonan 500 pekerja asing. - DagangNews.com