Pelabur asing beli RM798 juta ekuiti tempatan minggu keempat berturut-turut, kata MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pelabur asing beli RM798 juta ekuiti tempatan minggu keempat berturut-turut, kata MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Sept - Pelabur asing terus membeli ekuiti tempatan di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah keseluruhan bernilai RM798.3 juta.

 

MIDF Research berkata, aliran masuk terbesar berlaku pada Rabu, berjumlah RM286 juta, sebelum Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar faedah penanda aras seperti yang dijangkakan.

 

Katanya, keputusan itu, yang mengikuti mesyuarat dua hari Jawatankuasa Dasar Monetari, mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%, memetik pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan inflasi yang stabil.

 

"Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM743.2 juta), utiliti (RM405.1 juta) dan penjagaan kesihatan (RM113.6 juta).

 

"Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah produk & perkhidmatan pengguna (RM193.8 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (RM116.0 juta) dan teknologi (RM68.4 juta)," katanya dalam laporan aliran dana berakhir 6 September 2024, hari ini.
    

Firma penyelidian tuberkata, institusi tempatan menjadi penjual bersih untuk minggu keempat berturut-turut, berjumlah RM960.5 juta, manakala peruncit tempatan meripakan pembeli bersih, dengan jumlah RM162.2 juta.

 

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan dalam kalangan peruncit tempatan (14.6%), institusi tempatan (18.3%) dan pelabur asing (35.8%).- DagangNews.com