Pelabur runcit pula beralih kepada penjual bersih ekuiti Malaysia | DagangNews Skip to main content

Pelabur runcit pula beralih kepada penjual bersih ekuiti Malaysia

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Setelah menjadi menjadi satu-satunya pembeli bersih yang mengekalkan momentum sejak awal tahun ini, pelabur runcit telah beralih kepada penjual bersih ekuiti tempatan pula. 

 

Pada minggu lalu yang berakhir 27 Ogos 2021, MIDF Research mendedahkan bahawa kategori pelabur itu telah menjual bersih -RM25.86 juta nilai ekuiti.

 

Pelabur asing sebaliknya membeli bersih ekuiti Malaysia setiap hari mencecah RM6.70 juta, sebaik pasaran dibuka pada Isnin minggu lalu.

 

Mereka kekal sebagai sebagai pembeli bersih pasaran ekuiti tempatan untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk berjumlah RM964.33 juta. 

 

“Pelabur asing merupakan pembeli bersih setiap hari, pada minggu lalu. Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada Khamis dengan aliran terendah pada Isnin, masing-masing bernilai RM310.79 juta dan RM6.70 juta.

 

Beralih kepada pelabur runcit, mereka telah menjual bersih setiap hari pada minggu lalu, kecuali pada Isnin. 

 

Tambah MIDF, penjualan bersih terbesar dicatatkan pada Selasa dengan aliran keluar bersih terendah pada Jumaat, masing-masing bernilai -RM48.43 juta dan -RM16.88 juta.

 

Secara terkumpul, pada minggu lalu, pelabur runcit telah menjual bersih -RM113.96 juta nilai ekuiti di Bursa Malaysia, kata firma itu lagi.

 

Sementara itu, pelabur institusi tempatan pula mencatatkan penjualan bersih terkumpul mingguan berjumlah -RM850.37 juta. 

 

Sejak dari awal tahun 2021 hingga setakat ini, hanya pelabur runcit yang menjadi pembeli bersih pasaran ekuiti Malaysia bernilai RM9.46 bilion, manakala pelabur institusi tempatan dan asing merupakan penjual bersih, masing-masing bernilai -RM4.46 bilion dan -RM5.00 bilion. - DagangNews.com