Pelaburan global RE cecah angka RM1 trilion pada 1H22 | DagangNews Skip to main content

Pelaburan global RE cecah angka RM1 trilion pada 1H22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pelaburan global dalam tenaga boleh diperbaharui (RE) mencatatkan rekod baharu tahun ini selepas meraih pelaburan berjumlah AS$226 bilion (RM1 trilion) pada 1H22.

 

Syarikat penyelidikan, BloombergNEF (BNEF) berkata, peningkatan dalam pelaburan mencerminkan peningkatan permintaan untuk bekalan tenaga bersih untuk menangani krisis tenaga dan iklim global pada masa akan datang.

 

BNEF berkata, pelaburan dalam projek solar berskala besar dan kecil baharu meningkat kepada AS$120 bilion (RM535 bilion) meningkat 33% berbanding 1H21.

 

Katanya, pembiayaan projek angin meningkat 16% kepada AS$84 bilion (RM374 bilion).

 

Firma itu berkata, kedua-dua sektor menghadpi cabaran kenaikan kos bahan binaan seperti besi dan polisilikon selain gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos pembiayaan.

 

Bagaimanapun, angka itu menunjukkan kemahuan pelabur adalah lebih kuat berbanding sebelum ini dan sebahagiannya disebabkan oleh harga tenaga yang sangat tinggi.

 

Terbitan pasaran awam untuk syarikat RE turun 65% pada 1H22, berjumlah AS$10.5 bilion (RM46.8 bilion) dan angka pada suku kedua berada pada paras AS$3.9 billion (RM17.38 bilion), jumlah suku tahunan terendah sejak 2QFY20.

 

Ketua Penganalisis BNEF, Albert Cheung berkata, pembuat dasar semakin mengiktiraf RE kerana ia merupakan perkara yang diperlukan bagi mengurangkan kebergantunagn kepada komoditi tenaga yang tidak stabil.

 

"Walaupun berdepan kos inflasi yang berterusan dan cabaran rantaian bekalan, permintaan untuk sumber tenaga bersih semakin bertambah.

 

"Kami menjangkakan krisis tenaga global akan memainkan peranan mecau kepada peralihan tenaga bersih," katanya. 

 

BNEF berkata, China mencatatkan pertumbuhan pelaburan luar biasa dalam kewangan projek angin dan solar.

 

"Pelaburan solar berskala besar negara itu berjumlah AS$41 bilion (RM182 bilion) pada 1H22, meningkat 173% daripada tahun sebelumnya selain mereka turut membuat pelaburan sebanyak AS$58 bilion (RM259 bilion) untuk projek baharu," katanya. - DagangNews.com