Pelitawanis TNB sumbang 31 mesin dialisis | DagangNews Skip to main content

Pelitawanis TNB sumbang 31 mesin dialisis

 Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol diiringi Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Ibu Pejabat, Rozini Wan menyampaikan sumbangan sebuah mesin dialisis kepada Pengerusi PMKL, Datuk Eric Ong Chen Hui di Pusat Hemodialisis Pertubuhan Medifund, Pandan Indah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol diiringi Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Ibu Pejabat, Rozini Wan menyampaikan sumbangan sebuah mesin dialisis kepada Pengerusi PMKL, Datuk Eric Ong Chen Hui di Pusat Hemodialisis Pertubuhan Medifund, Pandan Indah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Mac. - Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad Malaysia (Pelitawanis TNB) menyumbangkan 31 unit mesin dialisis untuk membantu pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan.

 

Mesin dialisis yang terakhir diserahkan kepada Pusat Hemodialisis Pertubuhan Medifund Kuala Lumpur (PMKL) di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu.

 

Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Ibu Pejabat,  Rozini Wan berkata, penyerahan tersebut adalah manifestasi keprihatinan Pelitawanis TNB terhadap pesakit daripada golongan B40.

 

"Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban kewangan mereka terutama dalam suasana ekonomi semasa akibat penularan wabak COVID-19.

 

"Pembelian mesin dialisis berkenaan adalah hasil dana yang dikumpul daripada 92 syarikat, pertubuhan dan individu sempena penganjuran majlis Malam Amal Pelitawanis TNB pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan.

 

Penyampaian sumbangan mesin dialisis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol kepada Pengerusi PMKL, Datuk Eric Ong Chen Hui. 

 

Rozini Wan yang turut hadir bersama dalam majlis penyampaian berkaan memberitahu, kesemua 31 unit mesin dialisis disampaikan kepada hospital dan pusat dialisis bukan berasaskan keuntungan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, sejak September tahun lalu.

 

Jelasnya, dana sama yang dikumpulkan itu turut digunakan untuk membantu badan-badan kebajikan lain termasuk Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan dan projek ‘centralised kitchen’ untuk Autism Project Enterprise. - DagangNews.com