Peluang rasai kehebatan Lenovo Ducati 5 | DagangNews Skip to main content

Peluang rasai kehebatan Lenovo Ducati 5

Lenovo Ducati 5

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pengedar rasmi Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama baharunya bersama Ducati MotoGP dan Lenovo Malaysia melalui gajet Lenovo Ducati 5.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, pelanggan Ducati berpeluang menggunakan gajet edisi terhad itu yang akan disediakan di ruang pameran perdana Ducati Malaysia di Petaling Jaya.

"Lenovo Malaysia akan menyediakan tiga unit Lenovo Ducati 5 edisi terhadnya. Pelanggan yang mengunjungi bilik pameran akan dapat merasakan kecanggihan sistem komputer yang sama seperti Ducati Corse sambil menunggu motosikal mereka diservis.

"Next Bike mengutamakan keperluan pelanggan dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Ducatisti di Malaysia. Kami percaya dengan kerjasama ini akan dapat meningkatkan lagi pengalaman pelanggan di bilik pameran utama kami di Petaling Jaya," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lenovo Ducati 5

Di peringkat global, Ducati telah bekerjasama dengan Lenovo bermula April 2018 dengan pengenalan gajet Lenovo Ducati 5 edisi terhad dengan Wondows 10 dalam pertunjukan elektronik pengguna terbesar dunia, CES® 2020 di Las Vegas awal tahun ini.

Lenovo Ducati edisi khas itu dikuasai oleh Pemprosesan Intel® Core ™ i5 Gen ke-10 yang menggabungkan kuasa bergaya.

Gajet Windows 10 premium 14 inci itu juga dilengkapi dengan ciri-ciri penyediaan mudah dan mempunyai jangka hayat bateri hingga 12 jam selain kemudahan Rapid Charge untuk pit-stop bateri yang pantas.

Lenovo Ducati 5

Gajet edisi terhad Lenovo Ducati 5 adalah sama seperti barangan Ducati sebagai simbol kepada kepantasan, prestasi dan inovasi.

Pelanggan Ducati dan ahli Desmo diberi keistimewaan untuk memiliki gajet tersebut pada harga RM3,519 berbanding harga biasa RM3,999.

Ahli Desmo juga akan diberi kelebihan akses awal ke Jualan Merdeka Lenovo bermula 10 hingga 31 Ogos 2020 untuk menikmati potongan harga tambahan sebanyak 48%. - DagangNews.com