Pelupusan Aurora Melbourne Central bakal lonjak pendapatan 4Q20 UEM Sunrise | DagangNews Skip to main content

Pelupusan Aurora Melbourne Central bakal lonjak pendapatan 4Q20 UEM Sunrise

UEM Sunrise

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pendapatan syarikat UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dijangka meningkat bagi suku keempat tahun kewangan 2020 (4Q20).

 

MIDF Research berkata, jangkaan itu dinilai kepada pengiktirafan pendapatan dari pelupusan menyeluruh di Aurora Melbourne Central.

 

"Pendapatan suku keempat 2020 (UEM Sunrise) dijangka meningkat dengan pengiktirafan pendapatan dari pelupusan secara menyeluruh di Aurora Melbourn Central dengan nilai keseluruhan berjumlah AS$125 juta.

 

"Sementara itu, penjualan tanpa bil berubah pada harga RM1.69 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2020 berbanding penjualan tanpa bil sebanyak RM1.7 bilion pada suku kedua tahun kewangan 2020," jelas MIDF Research.

 

Keputusan UEM Sunrise untuk tempoh sembilan bulan pertama 2020 berada di bawah jangkaan MIDF kerana mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM92.6 juta.

 

Jumlah kerugian syarikat berkenaan untuk suku ketiga 2020 menyusut kepada RM31.8 juta berbanding RM57.4 juta pada suku kedua 2020 disebabkan oleh kerja pembinaan di tapak projek mula beroperasi semula setelah Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) ditamatkan pada suku kedua 2020.

 

Dalam aspek penjualan baharu, UEM Sunrise mencatatkan jumlah penjualan baharu yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM223 juta pada suku ketiga 2020 berbanding RM53.5 juta pada suku kedua 2020.

 

Ia menjadikan jumlah penjualan baharu kepada RM373.9 juta pada sembila bulan pertama 2020, lebih rendah daripada penjualan baharu RM720.4 juta untuk tempoh sembilan bulan pertama 2019.

 

Pihak pengurusan UEM Sunrise bagaimanapun mengekalkan sasaran penjualan baharu sebanyak RM1 bilion untuk tahun kewangan 2020 kerana prestasi jualan akan disokong oleh pelancaran baharu dan penjualan tanah RM434 juta di Iskandar Puteri kepada AME Elite Consortium Berhad.

 

"Kami membuat semakan semula pendapatan UEM Sunrise untuk tahun kewangan 2020/2021 sebanyak -81.4%/-19.1% untuk mencerminkan projek yang lebih perlahan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' saham UEM Sunrise dengan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM0.38," ujar MIDF Research lagi. - DagangNews.com