Pemaju hartanah tawar kolaborasi fesyen, makanan & francais kepada usahawan Malaysia | DagangNews Skip to main content

Pemaju hartanah tawar kolaborasi fesyen, makanan & francais kepada usahawan Malaysia

FashionTV Cafe di Vienna

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Syarikat pemaju hartanah Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International) memeterai perjanjian dengan platform peneraju dunia bagi trend fesyen dan penyiaran gaya hidup iaitu FashionTV  untuk menjadi pemegang lesen francais induk bagi F Café di Malaysia. 

 

F Café adalah konsep F&B unik yang menggabungkan dunia fesyen dengan pengalaman gaya hidup dan makanan yang melangkaui kebiasaan.

 

Sebagai francaisor induk F Café di Malaysia, Sheng Tai International ingin mempelawa usahawan dan bakal usahawan Malaysia untuk berkolaborasi atau menjadi francaisi F Café. 

 

Sheng Tai International merancang untuk membuka sebanyak 10 F Café di Malaysia menjelang 2023. Outlet F Café’ pertama akan dibuka pada 2021 di projek pembangunan THE SAIL. THE SAIL merupakan projek pembangunan bersepadu utama bagi Sheng Tai International dengan GDV yang bernilai sebanyak RM6.5 bilion di Negeri Melaka, Malaysia.   

 

 Leong Sir Ley.
 Leong Sir Ley.

 

"Peluang-peluang tetap wujud walaupun menjelang krisisi kesihatan secara global. Potensi ekonomi yang stabil serta persekitaran dan tawaran tawaran perniagaan yang mesra di Malaysia menyumbang kepada suatu prospek yang menarik untuk usahawan yang pintar meraih manfaat daripada langkah pemulihan dan unjuran pertumbuhan yang tinggi.

 

"F Café sememangnya jenama yang sudah dikenali kerana suasana trendy, makanan enak dan acara-acara yang `hebat’. Model francais dicipta untuk beroperasi secara optimum yang sentiasa diperkemaskan untuk memastikan kualiti produk yang konsisten serta kecemerlangan perkhidmatan dan sokongan operasi perniagaan," jelas Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Leong Sir Ley.

 

F Café kini terbuka di seluruh dunia termasuk Tokyo, Vienna, Prague, Tel Aviv, Dubai, Cairo, Bangkok dan tidak lama lagi, Melaka. Sejak F Café pertama dibuka pada 1994, francais ini telah memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 200,000 pelanggan setiap bulan di seluruh dunia. 

 

"Ini adalah pilihan francais yang sempurna untuk usahawan yang menghargai haute couture dan haute cuisine. 

 

"Peluang-peluang francais ini adalah mudah disesuaikan mengikut keperluan francaise untuk memenuhi dinamik pasaran mengikut lokasi,” ujarnya lagi.

 

Dalam usaha untuk menyokong komuniti perniagaan tempatan sewaktu pandemik yang tidak pernah dilalui selama ini, Sheng Tai International telah memperuntukkan dana sebanyak RM10 juta bagi membantu industri francais Malaysia.

 

Bakal-bakal usahawan juga boleh merebut peluang ini untuk membuka F Café di Malaysia dengan mendapatkan maklumat lanjut mengenai F Café atau dana Sheng Tai International melalui talian +6011 3737 3399. - DagangNews.com