Pembangkang sedia sokong Ismail Sabri dalam undi percaya di Parlimen | DagangNews Skip to main content

Pembangkang sedia sokong Ismail Sabri dalam undi percaya di Parlimen

Ismail Sabri (dua dari kiri) dan Anwar, Mohamad (kiri) serta Guan Eng (kanan) menandatangani kenyataan bersama dalam pertemuan mereka di Putrajaya hari ini. - Berita Harian
 


PUTRAJAYA 25 Ogos - Pembangkang secara prinsipnya sedia memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usul undi percaya bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

 

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan itu akan diberikan sekiranya dasar dan program dilaksanakan Perdana Menteri itu pro rakyat dan mampu menyelesaikan isu pandemik COVID-19.

 

"Kita beritahu kalau keadaan ini dan program agak pro rakyat, kita tidak akan mempersulitkan (undi percaya)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, hari ini, lapor Berita Harian.

 

Selain Anwar, turut bersama dalam perjumpaan kira-kira satu jam itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

 

Ismail Sabri (dua dari kanan) dan Anwar, Mohamad (kiri) serta Guan Eng (kanan) dalam pertemuan mereka di Putrajaya hari ini.

 

 

PM
Ismail Sabri (dua dari kanan) dan Anwar, Mohamad (kiri) serta Guan Eng (kanan) dalam pertemuan mereka di Putrajaya hari ini. - Berita Harian

 

Mengulas mengenai perjumpaan berkenaan, Anwar menganggap ia satu permulaan yang baik terutama dalam usaha menangani masalah COVID-19 yang lebih berkesan khususnya menyentuh golongan miskin serta mereka yang hilang pekerjaan. - DagangNews.com