Pembukaan cawangan Perlis lengkapkan kehadiran Starbucks di seluruh Malaysia | DagangNews Skip to main content

Pembukaan cawangan Perlis lengkapkan kehadiran Starbucks di seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Mac - Starbucks Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan secara rasmi cawangan pertamanya di Perlis bagi melengkapkan kehadirannya di seluruh negeri di Malaysia.

 

Cawangan dengan konsep pandu lalu ke-62 itu teletak di tengah-tengah bandar Kangar yang cukup terkenal dengan pemandangan sawah padi yang menarik.

 

Pelanggan yang hadir ke cawangan itu berpeluang menikmati minuman istimewa yang diinspirasikan daripada kuih kerak jagung oleh chef popular negara, Datuk Fazley Yaakob.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia dan Brunei, Datuk Sydney Quays berkata, kami berbesar hati untuk memawa jenama ini ke Perlis memandangkan ia merupakan satu-satunya negeri yang masih belum ada jenama itu sehingga ke hari ini.

 

"Cawangan ini merupakan pencapaian baharu kepada syarikat dan memberi pengalaman terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menikmati keenakan kopi.

 

"Kami berbesar hati untuk berkongsi minat kami terhadap kopi bersama rakyat Perlis dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan di sini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

stars

 

Starbucks pertama di Perlis itu direka bagi mencerminkan warisan kopi berusia lebih 50 tahun selain meraikan kepelbagaian budaya tempatan. 

 

stars

 

Cawangan baharu itu juga menampilkan biji kopi Arabica berkualiti dari Amerika Latin, Asia Pasifik dan wilayah Afrika dan kakitangan Starbucks bersedia menerima kehadiran pelanggan dengan pelbagai minuman istimewa yang berkualiti serta pelabagai hidangan menarik.

 

stars

 

Kehadiran Starbucks di Kangar juga akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada warga setempat selain menawarkan program latihan kemahiran kepada kakitangan termasuk kemahiran bahasa isyarat. - DagangNews.com