Pemerkasaan PKS diharap jadi agenda kerajaan pada 2023 - Azizan Osman | DagangNews Skip to main content

Pemerkasaan PKS diharap jadi agenda kerajaan pada 2023 - Azizan Osman

KUALA LUMPUR 8 Dis - Kerajaan diharap menjadikan pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara antara agenda utama bagi 2023.

 

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, melalui sokongan tersebut akan membolehkan usahawan-usahawan lebih berdaya tahan dan alami pertumbuhan melalui pelbagai inisiatif yang diatur nanti.

 

Katanya, tahun depan dijangka lebih mencabar dengan ahli-ahli ekonomi malah Bank Dunia memaklumkan tentang kemelesetan ekonomi dunia.

 

"PKS menyumbang sekitar 30% kepada ekonomi negara, jadi kita perlukan kerjasama dan sokongan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

 

"Bila PKS diperkasakan maka secara tak langsung dapat memperkukuhkan lagi negara dengan usahawan-usahawan kembali menyumbang balik kepada ekonomi dan masyarakat," katanya ketika sesi perkongsian di Facebook Azizan Osman Official, semalam.

 

Tambah Azizan. melalui PKS juga mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat.

 

"Selain kerajaan nak baiki tahap kewangan rakyat, mereka turut perlu jaga organisasi yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

 

 

azizan
Datuk Wira Dr Azizan Osman ketika mengadakan sesi perkongsian di Facebook Azizan Osman Official pada 7 Disember 2022

 

 

"Sekitar 90% syarikat berdaftar merupakan PKS yang mana majikan kepada lebih kurang 60% tenaga kerja di negara," jelasnya. - DagangNews.com