Pendapatan 3Q20 Facebook melonjak 22% | DagangNews Skip to main content

Pendapatan 3Q20 Facebook melonjak 22%

Facebook

NEW YORK 30 Okt. - Syarikat media sosial terkemuka global, Facebook mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 22% pada suku ketiga 2020.

Peningkatan tersebut meningkat kepada AS$21.47 bilion berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjangkaui ramalan yang diletakkan oleh penganalisis.

Syarikat berkenaan memperoleh jumlah pendapatan bersih sebanyak AS$7.85 bilion dengan peningkatan 29%.

Menurut laporan CNN, keuntungan tersebut turut didorong oleh persekitaran masyarakat yang kerap menggunakan media sosial berkenaan susulan penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, jumlah pengguna aktif harian di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sedikit menurun pada suku berkenaan berbanding tiga bulan sebelumnya, lapor CNN.

Syarikat berkenaan mempunyai 2.74 bilion pengguna aktif secara bulanan pada suku ketiga 2020 yang berakhit pada September.

Jumlah itu meningkat 12% daripada tahun sebelumnya.

Dengan penggabungan beberapa aplikasi lain seperti Instagram, Messenger dan WhatsApp, syarikat berkenaan melaporkan mempunyai 3.21 bilion pengguna dengan peningkatan sebanyak 14%.

Menyingkap suku kedua 2020, Facebook memperoleh peningkatan aktif harian dan bulanan susulan orang ramai lebih kerap memilih dan menggunakan aplikasi berkenaan semasa perintah berkurung.

Syarikat itu turut memberi harapan agar trend berkenaan tidak jauh berbeza apabila penularan wabak mula berkurang kelak. - DagangNews.com