Pendapatan 4QFY2021 Classic Scenic melonjak lebih 300% kepada RM17.9 juta | DagangNews Skip to main content

Pendapatan 4QFY2021 Classic Scenic melonjak lebih 300% kepada RM17.9 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Feb - Pendapatan Classic Scenic Berhad melonjak melebihi 300% untuk 4QFY2021 yang berakhir 31 Disember 2021 iaitu RM17.9 juta berbanding RM4.1 juta pada 3QFY2021 berakhir pada 30 Sptember 2021.

 

Pencapaian memberangsangkan itu didorong oleh pembukaan semula sektor ekonomi negara dan kumpulan itu dibenarkan untuk menyambung semula aktiviti pembuatan mereka. 

 

Selari dengan pembukaan semula sektor ekonomi negara itu, kumpulan itu merekodkan keuntungan bersih RM3.4 juta pada 3QFY2021 berbanding kerugian bersih RM0.8 juta pada suku sebelumnya.

 

Jika dibandingkan dengan pendapatan suku sama tahun lalu iaitu RM14.7 juta, kumpulan itu merekodkan perkembangan pendapatan sebanyak 21.8% bagi 4QFY2021 dan ia disumbangkan oelh jualan eksport yang tinggi untuk acuan bingkai kayu

 

Keuntungan kumpulan itu juga meningkat sebanyak 9.7% kepada RM3.4 juta pada 4Q2021 berbanding RM3.1 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Bagaimanapun, keuntungan bersih untuk FY2021 yang berakhir 31 Disember 2021 kekal pada RM6.4 juta sama seperti tahun sebelumnya kerana berpuca daripada perbelanjaan operasi yang tinggi.

 

Kumpulan itu juga mencatatkan lebihan penilaian kira-kira RM43 juta berikutan penilaian semula hartanah yang dijalankan oleh anak syarikat miliknya iaitu Lim Ket Leng Sdn. Bhd. dan Scenic Molding (M) Sdn. Bhd. di atas tanah pegangan bebas milik mereka.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, penilaian semula terhadap tujuh lot tamah perindustrian bebas yang terletak di Rawang dan satu lot tanah perindustrian pegangan bebas dan dua lot tanah pertanian di Ulu Yam bagi tujuan mendapatkan nilai agar selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS).

 

Pengarah Urusan Classic Scenic, Samuel Lim berkata, jualan runcit di Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2022 menigkat paling tinggi dalam tempoh 10 bulan walaupun Rizab Persekutuan AS berusaha untuk memerangi inflasi yang tinggi.

 

Katanya, kumpulan itu baru-baru ini mengembangkan kapisiti pengeluaran kilangnya sebanyak 50% dan ia akan membuka peluang mereka untuk memacu perkembangan perniagaan pada masa hadapan.

 

"Kekurangan tenaga pekerja dan peningkatan kos akibat harga bahan mentah yang mahal memberi cabaran besar kepada kumpulan namun mereka akan menggunakan peruntukan kewangan untuk membaiki sistem automasi dalam meningkatkan kecekapan operasi," katanya. - DagangNews.com