Pendapatan bersih 1H20 MQREIT melebihi jangkaan | DagangNews Skip to main content

Pendapatan bersih 1H20 MQREIT melebihi jangkaan

MRCB-Quill REIT (MQREIT)

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Ogos - MRCB-Quill REIT (MQREIT) mencatatkan nilai pendapatan bersih syarikat yang melebihi jangkaan pada separuh pertama 2020 didorong oleh bantuan sewa yang dijalankan pada suku kedua 2020.

Menurut CGS-CIMB Research, kesan penuh daripada bantuan sewa untuk penyewa terpilih jelas dilihat pada prestasi suku kedua 2020.

"Suku kedua menurun 3.8% dari segi pendapatan dan 2% bagi keuntungan bersih.

"Namun, berbanding pencapaian tahun lalu, suku kedua tahun 2020 meningkat 3.7% susulan pengurangan pendapatan sewa baharu daripada Google," jelas CGS-CIMB Research hari ini.

Jelas CGS-CIMB Research lagi, meskipun MQREIT mencatatkan penurunan hartanah sebanyak 6.2% berbanding tahun lalu, keuntungan bersih teras bagi suku kedua 2020 meningkat 16% berbanding tahun sebelumnya.

 

Secara keseluruhan , keuntungan bersih separuh pertama 2020 menurun 5.3% berbanding tempoh sama pada 2019.

Prestasi tersebut merangkumi 58% daripada ramalan sekaligus melebihi anggaran penuh yang dibuat  CGS-CIMB Research.

"Meskipun dividen sesaham adalah 3.43 sen, lebih rendah berbanding tahun lalu, namun ia melebihi jangkaan sebanyak 69% daripada anggaran penuh kami iaitu 4.9 sen," jelas CGS-CIMB Research.

Terdahulu, MQREIT mengumumkan peningkatan pendapatan bersih sebanyak 8.36% kepada RM38.87 juta pada separuh pertama 2020 berbanding tempoh sebelumnya.

Lonjakan itu didorong oleh sumbangan pendapatan lebih tinggi daripada Platinum Sentral, Menara Shell dan Tesco Pulau Pinang selepas rebat sewa diberikan kepada penyewa perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya di Plaza Mont Kiara. - DagangNews.com