Pendapatan Feytech dijangka lebih kukuh pada 2H 2024, AmInvestment kekalkan saranan 'Beli' | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Feytech dijangka lebih kukuh pada 2H 2024, AmInvestment kekalkan saranan 'Beli'

Feytech merupakan pengeluar tempat duduk kenderaan.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 6 Sept - Pendapatan Feytech Holdings Berhad dijangka lebih kukuh pada separuh kedua tahun kewangan 2024 (2HFY24) kerana tempoh tersebut menyaksikan musim jualan kereta yang lebih baik.

 

AmInvestment Bank Research berkata, walau bagaimanapun, Feytech dijangka mengalami penurunan margin pada 2HFY24 akibat kos permulaan berkaitan dengan pembukaan Kilang Kulim 2. 

 

"Oleh kerana ini, kami mengekalkan ramalan pendapatan Feytech tidak berubah walaupun prestasi 1H24 yang kuat.

 

"Feytech kini didagangkan pada 10.4x P/E FY25, yang merupakan diskaun 30% berbanding FBM KLCI dan diskaun 34% berbanding syarikat seumpamanya, Pecca," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

AmInvestment berpendapat saham Feytech menawarkan nilai menarik antaranya peluang langsung dalam pasaran kereta yang berkembang, disokong oleh pertumbuhan jumlah jualan kenderaan (TIV) yang kuat dan pelanggan bernilai tinggi iaitu Mazda, Kia dan Peugeot.

 

Faktor lain katanya, ialah keana Feytech diketuai oleh keluarga usahawan yang sangat fokus dengan cita-cita jangka panjang yang kukuh dan tumpuan kepada kelestarian.

 

"Feyetch juga menyaksikan peluang pertumbuhan yang besar kerana pengeluar kereta semakin beralih kepada model CKD dan menggunakan Malaysia sebagai pusat pengeluaran serantau mereka.

 

"Prospek pertumbuhan pendapatan yang kukuh dengan CAGR FY24F-26F sebanyak 16," ujarnya.

 

AmIvestment dalam pada itu mengekalan saranan 'Beli' pada Feytech dengan nilai wajar yang tidak berubah sebanyak RM1.32/seunit.

 

'Ini berdasarkan PE FY25F sebanyak 15x, sejajar dengan sasaran KLCI kami," jelas firma penyelidikan itu. - DagangNews.com