Pendapatan Gas Malaysia diunjur menyusut kesan normalisasi harga gas - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Gas Malaysia diunjur menyusut kesan normalisasi harga gas - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pendapatan Gas Malaysia Berhad diunjur menyusut pada suku tahun akan datang kesan normalisasi harga gas.

 

Bagaimanapun, Kenanga Research berkata, keterlihatan pendapatannya kekal kukuh selepas berjaya mengekalkan sebahagian besar pelanggannya menerusi kontrak selama tiga tahun.

 

Firma penyelidikan itu berkata, semasa 1HFY23, Gas Malaysia berjaya mendapatkan tambahan bersih enam akaun perindustrian (16 akaun baharu, sebahagiannya diimbangi dengan tidak memperbaharui 10 akaun sedia ada).

 

Katanya, terdapat dua pelanggan meminta agar bekalan mereka ditambah.

 

"Bagaimanapun, jumlah jualan mereka bagi 1HFY23 menyusut 17% kepada 72.7 juta GJ daripada 87.2 juta GJ sebelum ini.

 

BACA JUGA: Untung bersih Gas Malaysia susut 8.9% kepada RM97.8 juta, isytihar dividen 5.72 sen sesaham
 

 

"Pengeluar sarung tangan membentuk 21% daripada jumlah gas yang dijual (72.7 juta GJ) pada 1HFY23 berbanding 23% pada 2HFY22 dan 30% dalam 1HFY22, masing-masing. 

 

"Kami menganggarkan bahawa permintaan gas untuk segmen sarung tangan turun 12% dari suku tahun ke suku tahun kepada 7.1 juta GJ pada 2QFY23 daripada 8.1 juta GJ," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan menyukai kumpulan itu kerana kedudukan pasaran yang kukuh, menjadi peruncit gas asli utama di Malaysia selain keterlihatan pendapatan yang kukuh disokong oleh keupayaannya untuk mengekalkan pelanggannya melalui kontrak tiga tahun dan hasil dividen melebihi 6%.

 

"Kami mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) RM3.27 lebih rendah berbanding RM3.54," katanya. - DagangNews.comPendapatan Gas Malaysia diunjur menyusut kesan normalisasi harga gas - Kenanga Research