Pendapatan Lee Swee Kiat Group diunjur stabil pada 2023 - BIMB Securities | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Lee Swee Kiat Group diunjur stabil pada 2023 - BIMB Securities

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Dis - BIMB Securities Research mengunjurkan pendapatan Lee Swee Kiat Group Berhad terus stabil pada 2023 didorong oleh pelbagai faktor termasuk jualan yang lebih kukuh hasil pembukaan sepenuhnya sektor ekonomi negara.

 

Firma itu berkata, antara faktor lain yang menjadi pendorong termasuk ketiadaan kerugian rosot nilai daripada Italhouse pada suku akan datang.

 

"Selain itu pendapatan kumpulan akan disumbangkan daripada sasaran jualan 20,000 tilam Cuckoo Napure dengan perolehan RM35 juta selain penurunan kos bahan mentah iaitu lateks asli," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, tiada perbelanjaan modal (capex) yang ketara bagi 2023 selain daripada peruntukan baharu RM1 juta bagi tenaga hijau untuk menetapkan penjanaan kuasa solar atas bumbung untuk operasinya.

 

Bagaimanapun, firma itu tetap berhati-hati memandangkan kesan negatif inflasi terhadap perbelanjaan pengguna global dan gangguan rantaian bekalan global yang berpanjangan.

 

"Oleh itu, kami mengekalkan ramalan pendapatan kami pada ketika ini," katanya.

 

Firma itu berkata, pendapatan FY22 akan menjadi lebih baik berbanding FY21 kerana jualan Cuckoo Napure mencapai antara 11,000 hingga 12,000 dengan perolehan hampir RM20 juta.

 

Firma itu mengekalkan sarnaan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 83 sen sesaham. - DagangNews.com